TREASURE catat rekod ‘debut’ terbaik untuk 2020, tumbangkan Han Seung Woo, ONF, SSAK3 & ATEEZ untuk album terlaris minggu ini

Image may contain: 18 people, people standing and child

Kumpulan kpop terbaru di bawah naungan YG Entertainment, TREASURE, melakar rekod ‘debut’ terbaik pada tahun 2020 dengan album single pertama keluaran mereka, ‘The First Step : Chapter One’.

Dengan jualan album yang diraih sebanyak 160,614 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, TREASURE mengatasi rekod ‘debut’ tertinggi yang pernah disandang oleh CRAVITY dengan perolehan sebanyak 53,160 unit. TREASURE turut menewaskan Han Seung Woo, Han Seung Woo, ONF, SSAK3 dan ATEEZ sekaligus merangkul kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon pada minggu ini. Han Seung Woo, bekas ketua kumpulan X1 dan kini aktif sebagai ahli VICTON, mengeluarkan album solo pertamanya, Fame, manakala ONF pula akhirnya mengeluarkan album mini ke-5 mereka, Spin Off setelah berpenat-lelah menyertai Road to Kingdom sebelum ini.

Jangkaan TREASURE mencipta rekod menakjubkan itu berdasarkan pencapaian mereka meraih pembelian awal sebanyak 200,000 unit menurut Gaon. Malah, MV single pertama daripadanya, ‘Boy’ turut mencatat tontonan menghampiri 30 juta di dalam seminggu di samping pencapaian hebat di dalam carta Billboard Amerika Syarikat dan Itunes, membuktikan pengaruh luar biasa TREASURE bukan saja dalam kalangan peminat di Korea, malah di seluruh dunia sekalipun.

TREASURE dianggotai oleh 12 orang ini:Haruto, Bang Yedam, So Junghwan, Kim Junkyu, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Choi Hyunsuk, Ha Yoonbin, Mashiho, Kim Doyoung, Yoshinori, Park Jihoon, dan Asahi (empat orang daripadanya berasal dari Jepun), akhirnya‘debut’ setelah diperapkan lama dalam kotak simpan YG selama hampir 1 tahun setengah.  Mereka menjadi kumpulan terbaru keluaran YG selepas Blackpink yakni lebih 4 tahun lalu. Salah seorang ahlinya, Bang Ye Dam telah pun mengeluarkan lagu ‘Wayo’ sebagai promosi lagu solonya sebelum bergiat aktif sepenuhnya dengan TREASURE.

Sumber: news1

loading...