Kumpulan kpop Spectrum terpaksa dibubarkan berikutan masalah kewangan dialami agensi kerana penularan wabak Covid-19.
WYYN membuat pengumuman tersebut sebentar tadi dengan menamatkan kontrak yang terikat di antaranya dengan kesemua enam ahli kumpulan terbabit berkuatkuasa hari ini 10 Julai 2020.
“Kami berasa terharu dengan sokongan ahli Spectrum yang tetap bersama kami selama tiga tahun, dan akan memberikan sokongan penuh kepada aktiviti mereka di masa akan datang,” kata jurucakap agensi itu.
Aktiviti Spectrum bergerak perlahan semenjak kematian mengejut ahli mereka, Kim Dong Yoon pada akhir Julai 2018 sebaik saja kumpulan itu mengeluarkan album pertama berjudul ‘Be Born’. Antara lagu hit dendangan mereka termasuklah TRCNG, After Party, dan Showtime.
Sumber: xsportnews