Kim Yo Han dan So Ju Yeon sedang menimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru adaptasi dari China, ‘A Love So Beautiful’. Kedua-dua agensi mewakili Kim Yo Han dan So Ju Yeon mengaku sedang meneliti skrip drama tersebut tetapi belum mengesahkan penglibatan mereka lagi.
‘A Love So Beautiful’ ialah sebuah drama romantik China yang agak popular dan pernah disiarkan menerusi Tencent Video, berkisarkan tentang cinta terjalin antara dua orang rakan sekelas yang pernah tinggal sejiran di rumah apartment sama sejak 19 tahun lalu. Kim Yo Han dikatakan akan memegang watak utama yang pernah diperuntukkan kepada pelakon Hu Yetian (Hu Yitian), yakni pelajar sekolah yang amat dikenali kerana ketampanannya selain pencapaian akademik yang sangat baik tetapi tidak banyak berkawan kerana masih lagi tidak boleh menerima hakikat kehilangan ayah ketika masih budak lagi manakala So Ju Yeon pula akan membawakan watak utama pernah diberikan kepada pelakon Shen Yue (Chen Xiaoxi), yakni seorang gadis yang agak ceria tetapi tidak minat belajar mungkin kerana malas.
Kim Yo Han sebelum ini pernah menerima tawaran lakonan di dalam drama KBS School 2020 tetapi terpaksa melupakan hasratnya itu selepas pihak produksi memutuskan untuk menguburkan terus drama berkenaan. Penyanyi itu kini sedang berusaha untuk ‘debut’ semula di dalam kumpulan kpop terbaru yang belum dinamakan lagi.
So Ju Yeon pernah membintangi drama SBS Romantic Doctor Teacher Kim 2, bergandingan bersama Kim Min Jae.
Drama ini akan diolahkan dalam bentuk drama web bersiri dengan 20 minit diperuntukkan bagi setiap episod. Ia bakal diterbitkan oleh Kakao M dengan platfom tayangan belum didedahkan lagi buat masa ini.
Sumber: slist