Jung Jae Hoon, vokalis ‘band’ Monopoly meninggal dunia setelah 3 tahun bertarung dengan kanser

Image may contain: 2 people, closeup

Jung Jae Hoon meninggal dunia pada usia 33 tahun setelah lebih tiga tahun bertarung dengan kanser.

Hyundai Art Management menyampaikan berita sedih itu di laman sosial dengan berkata, ” Jung Jae-hoon, abang yang disayangi kerana kecintaannya terhadap muzik, meninggal dunia setelah tiga tahun bertarung dengan kanser.”

Lebih menyedihkan lagi, Jung Jae Hoon sempat berkongsikan berita gembira pada awal April lalu bahawa dia sedang sembuh secara perlahan-lahan dan sedang menangani kanser itu.

Jung Jae Hoon merupakan vokalis kugiran Monopoly selama 7 tahun bermula 2007 hingga 2014. Antara lagu popular Monopoly nyanyiannya termasuklah ‘Maria’ dan You and Me.

Sumber: xsportnews

loading...