Amber Liu, bekas ahli kumpulan f(x) menyelar tuduhan-tuduhan jahat dibuat oleh segelintir netizen yang menularkan berita palsu tentang dakwaan dirinya mengandung anak luar nikah.
Tuduhan jahat itu timbul selepas seorang netizen memuatnaik gambar dengan kandungan artikel daripada soompi yang telah diubahusai mendakwa dirinya mengandung anak yang tidak ketahuan nasab bapanya. Hantaran berita palsu itu kemudiannya dibalas oleh seorang netizen lain yang menyindirnya dengan menuduh Shindong Super Junior sebagai bapanya. Gambar perkahwinan kedua-duanya yang diubahsuai bertukar menjadi ‘meme’ dan tertular di laman sosial twitter semenjak pagi tadi.
Bagaimanapun, hantaran berita palsu itu mendapat reaksi sangat negatif daripada Amber Liu. Dalam satu kenyataan dibuat olehnya, Amber Liu berkata, “Berhenti hakimi sesuatu luar daripada konteks. Aku sudah cakap aku tak sempurna dan selalu berbuat salah. Aku betul-betul bermaksud dengan permohonan maaf yang aku buat tempoh hari.” Permohonan maaf itu merujuk kepada kekhilafan Amber Liu suatu ketika lalu di mana beliau pernah dikecam kerana mengucapkan sesuatu berbaur ‘penghinaan’ terhadap orang Afrika Amerika. Beliau menjadi mangsa buli netizen sekali lagi hari ini selepas menyatakan sokongan terhadap #BlackLivesMatter dengan beliau sendiri menulis emel untuk mendesak keadilan buat mendiang George Flyod.
“Kalau memang tak suka aku, tak payahlah ‘follow’ aku. Tak usah buang masa kerana banyak lagi isu besar melanda di seluruh dunia…Dan aku tak mengandung, maka SHUT THAT FUCK UP (“tutup mulut korang”),” katanya dengan nada marah mengakhiri penjelasan ditujukan khas buat netizen-netizen tersebut.
Sumber: twitter, instagram Amber Liu