“Kau tak perlu bimbang, biar aku yang uruskan” – Ravi VIXX terus maafkan orang yang calarkan keretanya dengan tak sengaja

Ravi VIXX hari ini dipuji netizen kerana tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang mencalarkan keretanya dengan tidak sengaja.

Dalam satu kiriman mesej yang tertular di laman komuniti forum Nate, kejadian itu dikatakan berlaku ketika penulis itu dan teman wanitanya sedang menaiki skuter segway sebelum terhempas sehingga mencalarkan kereta milik penyanyi idol tersebut. Mereka didatangi dengan dua orang lelaki yang menanyakan keadaan semasa mereka dan sempat bertukar-tukar nombor telefon sesama sendiri.

Sewaktu sedang merawat luka teman wanitanya, penulis itu kembali semula ke tempat kejadian. Namun perasaan resah menyelubunginya apabila mendapati kereta yang dilanggari oleh mereka sebenarnya ialah Porsche, malah kekangan kewangan dialaminya sebagai pelajar kolej tambah menyukarkan dirnya untuk menyelesaikan pampasan jika dipinta dengan kadar segera. Penulis itu segera menghubungi pemilik kereta berkenaan dan memohon diperjelaskan anggaran pampasan yang perlu dibayarnya nanti.

“Hello, Aku harap sangat korang tak tercedera teruk. Kau mungkin terkejut kerana kereta itu ada tercalar juga. Aku dapat tahu korang ialah pelajar kolej dan kemalangan itu terjadi ketika korang sedang berseronok. Kau tak perlu bimbang tentang pampasan, biar aku yang uruskan. Kalau rasa tak cukup lagi, beri sokongan kepada Ravi dan GROOVL1N pula,” katanya dalam satu balasan mesej ringkas dikirimkan pada penulis tersebut.

Ketika dihubungi oleh Spottv news pada pagi tadi, Ravi berkata, “Saya ada adik perempuan yang lebih kurang sebaya dengannya.  Jadi tindakan spontan itu berlaku mungkin kerana memikirkannya. Berbanding menumpu perhatian terhadap tindakan kecil ini, saya mahu semua orang saling bantu-membantu dikala kita dilanda wabak penyakit virus Corona.”

Sumber: spottvnews

loading...