‘Wannabe’ dijadikan taruhan terbaru oleh ITZY untuk peminatnya.
Single tersebut yang disusuli dengan album ‘It’s Z Me’, telah memperolehi no.1 di dalam empat carta muzik harian Korea seperti Naver Music, Genie Music, Bugs dan Soribada setakat jam 8 pagi tadi, menjadikannya single ke-3 ITZY selepas Dalalalala dan Icy telah mencapai kejayaan tersebut untuk tiga kali berturut-turut. Video klip ‘Wannable’ turut memperolehi tempias yang sama dengan tontonan bakal mencecah 10 juta dalam tempoh 24 jam selain mendapat ‘trending’ tertinggi di Korea dan juga Malaysia.
Wannabe membawa maksud untuk menunjukkan keperibadian setiap daripada mereka tanpa terikat dengan apa yang ditetapkan masyarakat dengan mesej ‘satu & hanyalah aku’. ITZY dipuji kerana keberkesanan gaya tarian moden dipersembahkan olehnya sehingga mendapat jolokan ‘Monster Rookie’ di Korea.
Sumber: sport chosun