Annyeong Yorobun, Chinguyaa,
Gais, Februari 2020 is coming. Cepat kan masa berlalu pergi. Bagaimana dengan cuti CNY 2020 korang? Harap-harap menyeronokkan sambil makan ramen dan tonton kdrama kesukaan korang.
Apapun, penulis tetap sediakan list drama Korea terbaru seperti biasa dengan pelbagai seleksi dan genre. Mungkin boleh lagi menambah bucket list sedia ada korang. Well, ada 7 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Februari ini. So, let’s check it out the list.
1. Tell me what you saw (OCN)
“Tell Me What You Saw”merupakan sebuah drama bergenre thriller detektif. Ia menceritakan kisah tentang seorang profiler genius dan seorang detektif dengan kemampuan memori fotografi, dan mereka bekerjasama untuk mengesan seorang pembunuh berantai yang diyakini sudah mati.
Sedikit mirip dengan lakonan dibawanya di dalam OCN Voice sebelum ini, Jang Hyuk bakal memegang watak Oh Hyuk, seorang bekas detektif yang suka menyendiri sejak kehilangan tunangnya di dalam satu pembunuhan bersiri. Dia telah memadamkan jejaknya dan mengasingkan dirinya. Tapi menyedarinya makin berleluasa lagi-lagi jenayah dilakukan oleh orang yang sama, Oh Hyuk berazam menjadi ‘profiler’ semula dan mengendalikan sendiri siasatan bersama seorang detektif yang masih mentah, Cha Soo Young tetapi memiliki ingatan idetik yang mampu mengingati suatu kejadian dalam sekelip mata saja.
Jin Seo Yeon membawakan watak Hwang Ha Young seorang ketua divisyen Investigasi Khas, yang akan menghubungkan Oh Hyun Jae dengan Cha Soo Young untuk mengesan keberadaan pembunuh berantai tersebut.
OCN Say What You Saw ini bakal mendapat sentuhan produser Kim Hong Sun, yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards ke-7 menerusi OCN Guest. Ia akan diarahkan sepenuhnya oleh Lee Joon Hyung (OCN God’s Quiz) dan ditulis skripnya oleh Han Ki Hyun
2. My Holo Love (Netflix)
Neflix “My Holo Love” berkisarkan tentang seorang wanita yang suka hidup keseorangan. dan menjadikan robot ‘artificial intelligence’ sebagai tempatnya menagih kasih. Robot itu dinamakan sebagai Holo.
Watak Yoon Hyun Min pada asalnya mantan pemilik syarikat penyelidikan IT bernama Nan Do, seorang pakar genius dalam industri IT yang sengaja disembunyikan dari mata masyarakat. Hanya rakan terdekat dan adik-beradik saja tahu kewujudannya. Beliau dikatakan mengendalikan projek IT tersebut dengan idea dan tangannya sendiri. Tapi, malang tak berbau, sewaktu sedang menggodam suatu projek besar, beliau terbunuh.
Ko Sung Hee pula memegang watak Hoon So Yeon, seorang yang agak mabuk kerja (‘workaholic’) dan sentiasa memastikan dirinya ke hadapan dalam industri seperti pelancaran jenama syarikat di kedai-kedai kecil. Tapi, Hoon So Yeon seorang sangat introvet, tak suka bergaul dengan orang lain sehinggakan majlis perkahwinan pun dia tak pernah hadiri. Kerana sukar untuk bergaul dengan orang lain, Hoon So Yeon meluahkan kasih sayangnya terhadap robot ‘artificial intelligent’ Holo bagi mengisi masa kesunyiannya.
Neflix “My Holo Love” mendapatkan khidmat PD Lee Sang Yeop (“tvN Familiar Wife”,”MBC Shopping King Louis”) yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards, sebagai sutradaranya dan bakal ditulis oleh Ryoo Yong Jae (“tvN Pied Piper”,”tvN Liar Game”) yang dikenali dengan naskah bergenre suspens. Drama ini akan menjengah Netflix mulai 7 Februari depan.
3. The Cursed (tvN)
Drama “The Cursed” bakal menceritakan kehidupan remaja perempuan yang mampu mengutuk orang lain hingga mati hanya melalui nama, foto atau barang milik pihak tersebut.
“The Cursed” juga menceritakan sebuah syarikat IT terbesar di Korea Selatan, Forest yang ternyata selama ini ‘menyimpan’ kutukan serta roh jahat. Rahsia ini hanya diketahui segelintir orang, termasuk seorang remaja perempuan berkemampuan khusus dan satu jurnalis. Dengan menggunakan segala cara, mereka berusaha mengalahkan kejahatan dalam syarikat tersebut yang berniat untuk menghancurkan dunia manusia.
“The Cursed” akan menjadi drama pertama yang ditulis oleh Yeon Sang Ho yang terkenal menerusi filem zombi popular “Train to Busan” yang ditayangkan pada 2016 dan ia diarahkan oleh Kim Young Wan yang pernah mengarahkan filem “The Champion”.
Uhm Ji Won akan membawakan watak Lim Jin Hee, wartawan yang berjuang untuk keadilan. Dengan kepercayaan tegas dan semangat yang kuat untuk membuat laporan, dia mengambil kes serangan menglibatkan syarikat IT, Forest, hanya untuk mengetahui tentang anak syarikat tersebut yang mencurigakan itu. Sebelum ini, Uhm Ji Won telah menunjukkan kemahiran lakonannya yang hebat dalam “Spring Turns to Spring,” dan filem seperti “The Odd Family: Zombie On Sale,” “Master,” dan “Missing.”
Sung Dong Il pula akan membawakan watak sebagai pengerusi syarikat IT, Forest Jin Jong Hyun. Setelah berjaya membuat kemunculan semula selepas aktiviti pemujaan, Jin Jong Hyun mula bergantung sepenuhnya kepada bomoh. Dikenali sering memainkan peranan sebagai bapa yang lembut dan penyayang, Sung Dong Il bersedia menyapa penonton dengan peranan barunya sebagai watak jahat yang kuat.
Jo Min Soo akan memainkan peranan sebagai Jin Kyung, ketua anak syarikat Forest, yang merupakan syarikat perundingan kerohanian. Setelah menunjukkan kehadirannya yang kuat dalam ““The Witch: Part 1. The Subversion” dan “Pietà,” dia akan kembali mendapatkan perhatian orang ramai dengan menunjukkan prestasi lakonan yang lebih hebat.
“The Cursed” akan bersiaran dirangkaian tvN mulai 10 Februari depan.
4. Hyena (SBS)
“Hyena” adalah sebuah drama berkisarkan tentang peguam yang menyediakan perkhidmatan kepada kelas atasan, yang menwakili 1 peratus. Walaupun watak-watak utamanya adalah peguam, ia bukanlah drama perundangan yang biasa kerana mereka menggunakan undang-undang sebagai senjata untuk bertahan.
Kim Hye Soo memenang watak seorang peguam bernama Jung Geum-Ja yang akan melangkaui segala batasan semata-mata untuk memenangi kes yang diwakilinya dan seterusnya memperoleh upah yang banyak daripada kliennya manakala Ju Ji Joon pula melakonkan watak Yoon Hee Jae, seorang peguam elit yang hebat, berkeyakinan tinggi dan penuh keegoan. Kedua-duanya saling bertempur untuk mendapatkan kes-kes mahkamah di bawah jagaan 1% di dalam masyarakat, merujuk kepada mereka dari kalangan chaebol dan ahli politik. ‘Hyena’ akan mengeksplorasi guaman sebagai satu permainan ‘survival’ untuk merembut tempat di dalam kuota satu peratus tersebut.
Turut membantu Kim Hye Soo dan Ju Ji Joon adalah Lee Kyung Young yang akan membawakan watak CEO kepada firma guaman hebat Korea, Sing & Kim iaitu Song Pil Joong. Jeon Suk Ho akan muncul sebagai rakan Yoon Hee Jae dari institut latihan dan peguam bernama Ka Ki Hyuk, manakala Song Young Kyu akan memainkan peranan peguam Ma Seok Goo yang menentang semua orang termasuk Yoon Hee Jae dan Jung Geum Ja.
Hwang Bo Ra akan membawakan watak Shim Yoo Mi, iaitu bekas rakan sekelas Yoon Hee Jae, yang mana kehadirannya akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan plot cerita ini. Ji Hyun Joon akan muncul sebagai chaebol generasi ketiga dan pelanggan Ha Chan Ho, manakala Jo Dong In akan berubah menjadi pemain biola yang jenius dan seorang klien bernama Go Yi Man.
Kim Roo Ri ditabalkan sebagai penulis skrip manakala sutradara yang bertanggungjawab ke atasnya ialah Jang Tae Yoo, pengarah yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards dan terkenal dengan arahan hebat seperti SBS ‘You Who Came From The Stars’, SBS ‘War of The Money’ dan SBS ‘Painter in the Wind’ setelah lima tahun tidak beraksi. Dengan kembalinya beliau sebagai pengarah, Jang Tae Yoo akan meninggalkan produksi SBS tempatnya meraih rezeki selama ini.
KBS Hyena akan disiarkan pada 21 Februari depan menerusi rangkaian SBS. Berkemungkinan besar drama ini akan menggantikan slot “Stove League” disaluran ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.10 petang.
5. If the Weather Is Good, I’ll Find You (JTBC)
JTBC “If the Weather Is Good, I’ll Find You” adalah satu karya yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama. Ia berkisarkan tentang seseorang lelaki yang hanya pandai mengusahakan kedai buku ‘Goodnight Bookstore’ tapi lama-kelamaan tidak mudah menyembunyikan perasaan cintanya apabila bertentang mata dengan gadis yang memasuki kedainya buat kali pertama.
Seo Kang Joon akan membawakan watak sebagai Lim Eun Seob, seorang yang kitaran hidupnya mudah saja dengan hanya bangun pagi, minum kopi sambil membaca buku selain mengemaskini blognya tiap-tiap hari. Manakala, bakal surihatinya pula, Mok Hye Won, yang dilakonkan oleh Park Min Young merupakan seorang bekas pemain muzik celo yang mengambil keputusan kembali ke kampungnya semula untuk mengajar anak-anak muda. Mok Hye Won telah tertutup hatinya akibat insiden memalukan pada suatu masa lalu di Seoul di mana orang ramai pernah mengecam kemahirannya bermain celo.
Lee Jae Wook pula membawakan watak sebagai rakan kepada Lim Eun Seob, seorang yang begitu bangga dengan kehidupan yang dimilikinya seperti yang dikehendaki oleh ibubapanya juga. Manakala, Moon Jung Hee akan melakonkan watak Sim Myung Yeo, makcik kepada Mok Hye Won, seorang novelis yang hebat ketika dia masih muda, tetapi sanggup berpatah balik ke kampungnya semula bagi memelihara satu-satunya anak saudaranya yang tersayang.
Han Ji Seung (“OCN Mistress”,”SBS Alone in Love”) akan memacu tugas pengarah drama ini sambil dibantu oleh penulis skrip ‘rookie’ Han Ga Ram yang akan mengadapatasikan novel nukilan Lee Do Woo. “If the Weather Is Good, I’ll Find You” boleh ditonton menerusi K-Plus pada setiap Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea.
6. Hi, Bye Mama (tvN)
tvN “Hi Bye Mama” adalah sebuah drama bertemakan fantasi. Ia berkisarkan tentang roh seorang wanita yang baru meninggal dunia dan diberi peluang semula selama 49 hari untuk menebuskan segala apa yang tak tertunainya selama ini.
Lee Kyu Hyung akan membawa watak Cho Kang Hwa seorang pakar bedah merangkap suami kepada watak lakonan Kim Tae Hee, Cha Yuri. Cha Yuri merupakan seorang graduan dalam pembuatan kraf tangan dan memiliki bengkelnya tersendiri. Cha Yuri akhirnya berkahwin dengan Cho Kang Hwa dan diminta untuk tidak bekerja, seterusnya menjadi surirumah sepenuh masa. Pada hari kematiannya, Cha Yuri mengambil keputusan untuk bekerja semula dan terbabit dalam satu kemalangan sehingga meragut nyawanya. Roh Cha Yuri kemudiannya diberi peluang berlegar-legar di dunia fana ini selama 49 hari.
tvN “Hi Bye Mama” bakal mendapat sentuhan sutradara Yoo Won Son (“tvN Oh My Ghost”,”tvN 100 Million Stars Falling From The Sky”) dan penulis skrip Kwon Hye Ju (“KBS Go Back Couple”) untuk menerajui projek ini. Ia bakal dijadualkan siaran pada Februari depan sejurus selepas drama tvN “Crash Landing of Love” tamat ditayangkan.
7. Wise Doctor Life / Doctor Playbook (tvN)
Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho dan Yoo Yeon Seok membawakan watak utama doktor yang sama-sama dalam drama Wise Doctor Life ini. Drama ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara di mana Jung Kyung Ho memegang watak sebagai warden penjara, menjadikan gandingan ke-2 Jung Kyung Ho bersama sutradara Shin Won Ho. Lebih menarik lagi, Shin Won Ho juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.
tvN “Wise Doctor Life” akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit di wad kecemasan. Drama ini tak memfokuskan kepada situasi politik hospital atau cerita kebiasaan yang berlaku kepada seorang yang bergelar doktor. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Doctor Playbook” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal.
Drama “Wise Doctor Life” ini akan mula ditayangkan pada Februari depan menerusi rangkaian tvN bagi mengisi slot drama hari Jumaat.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!