Lee Joon Gi dan Moon Chae Won disatukan kembali dalam drama ‘thriller’ terbaru tvN

Lee Joon Gi dan Moon Chae Won akan siap sedia untuk bergandingan dalam sebuah drama terbaru.

Pada 14 Januari, media Ilgan Sports melaporkan,  “Lee Joon Gi dan Moon Chae Won telah dipersetujui sebagai teraju utama  drama terbaru tvN bertajuk ‘Flower of Evil’.”

Agensi mereka, Namoo Actors kemudian mengesahkan, “Ya, memang benar Lee Joon Gi dan Moon Chae Woon telah menerima tawaran untuk bintangi ‘Flower of Evil.’”

“Flower of Evil” adalah sebuah drama berunsurkan suspense serta melodrama mengenai psikopat yang menukar identitinya untuk menyembunyikan masa lampaunya yang kejam dan isterinya yang bekerja sebagai detektif pembunuhan cuba untuk merungkai kebenaran. Drama thriller ini akan memperlihatkan perubahan kehidupan pasangan ini daripada kehidupan keluarga yang harmoni kepada adengan-adengan jenayah.

Lee Joon Gi akan membawakan watak Baek Hee Sung, seorang tukang besi. Melalui bengkel besinya, Baek Hee Sung menyara isteri dan anak perempuannya, sekaligus menunjukkan bahawa dia adalah seorang suami dan ayah yang baik.  Baek Hee Sung selesa dengan kerja-kerja rumah serta menjaga anak, seorang lelaki yang tidak mengejar kebendaan dan berpuas hati dengan apa yang dia ada. Bagaimanapun, dia seorang yang tidak berperasaan dan tidak menunjukkan sebarang emosi seperti gembira, sedih, hormat, teruja, simpati, empati, bersalah ataupun tolak ansur.

Moon Chae Won pula memegang watak sebagai isteri Baek Hee Sung, seorang detektif pembuhuhan bernama Cha Ji Won. Walaupun berbadan kecil dan ekspresi muka seperti kanak-kanak mungkin menimbulkan persoalan sama ada dia boleh mengendalikan kes jenayah yang agresif, keperibadiannya yang ingin tahu memberikannya lebih banyak keterujaan daripada ketakutan apabila berdepan dengan keadaan berbahaya. Keseronokkan menyelesaikan kes jenayah memberikan kepuasaan dalam kerjayanya.

‘Flower of Evil’ akan diarahkan oleh PD Kim Chul Gyu (“On the Way to the Airport,” “Chicago Typewriter,” dan “Mother,”) dan skripnya akan dinukilkan oleh Yoo Jung Hee yang pernah menulis skrip “Naked Fireman.”

Ini merupakan drama pertama Lee Joon Gi dalam tempoh setahun lima bulan sejak membintangi  “Lawless Lawyer.” Drama ini juga merupakan yang pertama bagi Moon Chae Won selepas membintangi drama “Mama Fairy and the Woodcutte” pada lewat 2018. Ini juga merupakan gandingan kedua mereka setelah membintangi drama “Criminal Minds.”

“Flower of Evil” dijangka akan mengisi slot drama Rabu dan Khamis menerusi rangkaian tvN sekitar Jun depan.

Sumber : TopStarNews | isplus |

loading...