Nantikan gabungan PINKFONG X BABY SHARK yang bakal memeriahkan GSCINEMAS

Phenomena sensasi seantero dunia Baby Shark bakal mengegarkan panggung wayang GSC Malaysia yang juga merupakan peneraju utama bersama-sama dengan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) berganding bahu membawakan “Pinkfong & Baby Shark Space Adventure” kepada anak-anak kecil di Malaysia.

Gabungan yang melibatkan Pinkfong iaitu anak musang yang berwarna magenta dan rakan karibnya Baby Shark sudah pasti bakal menarik minat anak-anak cilik dan sesuai untuk mereka tonton di samping menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Tayangan kali ini bakal disertakan dengan lebih banyak lagu, isi kandungan dan tarian yang menarik untuk para penonton di 34 panggung wayang GSC yang terpilih. Bagaimanapun tarikh sebenar tayangan belum lagi dimuktamadkan.

“Selaku jenama yang membawa tema keluarga, GSC sangat komited untuk memaparkan cerita yang sesuai untuk setiap lapisan umur dan menyediakan hiburan yang berunsur pendidikan. Oleh itu, terhasillah kolaborasi Pinkfong X Baby Shark ini,” kata Ms Koh Mei Lee, CEO GSC Sdn Bhd.

Mr. Ryan Lee, Co-Founder and Chief Financial Officer of SmartStudy, Mr. Heng Beng Fatt, Deputy General Manager, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, and Cik Yasmin Megat, Vice President of GenNext and International Business at the partnership announcement for Pinkfong and Baby Shark’s Space Adventure

SmartStudy (Pink Fong) yang juga merupakan organisasi dari Korea Selatan yang bertungkus lumus menjayakan kolaborasi kali ini. Video Baby Shark yang berjaya mendapat tontonan sebanyak 3 bilion sehingga harini yang hampir sama dengan bilangan muzik video artis kpop terkenal. Kandungan dan video baru sentiasa dimuatnaikkan di platform rasmi mereka dan mempunyai peminat dari seluruh pelusuk dunia.

Jom tonton klip video Baby Shark yang jadi fenomena di seluruh dunia

Untuk maklumat lanjut mengenai Pinkfong dan Baby Shark, boleh layari GSCinemas di Facebook, Twitter, Instagram atau di laman web http://www.gsc.com.my.