Dituduh berkelahi kerana pembahagian keuntungan tak sama rata, Big Hit nafi bakal disaman oleh BTS

Big Hit menafikan sekeras-kerasnya laporan “Newsroom” oleh JTBC yang mengatakan BTS akan menyaman agensi mereka sendiri berhubung ketidakadilan tentang pembahagian keuntungan secara bersama.

Big Hit mengeluarkan kenyataan rasmi mendesak permohonan maaf daripada JTBC berhubung laporan yang ditulis pada 9 Disember semalam. “Newsroom” mendakwa BTS sedang berbincang dengan peguam-peguam terkemuka di luar agensi mereka bagi melakukan tindakan undang-undang terhadap Big Hit setelah dikatakan tidak bersefahaman tentang perkongsian keuntungan yang diperolehi bersama. Bagaimanapun, agensi guaman dimaksudkan itu tidak dapat mengesahkan laporan ekslusif yang dibuat oleh “Newsroom” tersebut.

“Kami menyangkal laporan yang mendakwa BTS berjumpa agensi guaman terkemuka semata-mata kerana mahu melakukan tindakan saman terhadap kami. Setelah bertemu dengan ahli-ahli BTS dan keluarga mereka, kami dapat mengesahkan perjumpaan dengan agensi guaman di Gangbuk, Seoul pada dua bulan yang lalu adalah berkenaan dengan kontrak ditandatangi melibatkan perkongsian keuntungan diperolehi daripada video. Kami dapat sahkan ia tak berlarutan kepada permohonan rasmi (tindakan undang-undang) dibuat ke atas kami oleh BTS,” kata jurucakap agensi itu.

Big Hit menegaskan mereka (BTS dan Big Hit) tetap saling berbincang sekaligus mengesahkan laporan yang mengatakan mereka berkelahi sesama sendiri adalah tidak benar. “Kami menggalakkan BTS dan keluarga masing-masing berjumpa dengan mana-mana ahli-ahli professional baik akauntan mahupun peguam bagi mmendapatkan nasihat berkenaan hal-hal kewangan dan undang-undang. Disebabkan betapa bernilainya BTS ini tiap-tiap hari, dan sebagai sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai individu, tiada masalah untuk mereka bertemu dengan orang luar yang tiada kepentingan dengan Big Hit,” tambahnya lagi.

Pada tahun 2019, Big Hit telah merekod keuntungan sebanyak 200 billion won (~RM699.1 juta), paling tertinggi pernah dicapai olehnya sejak syarikat itu ditubuhkan pertama kali. Setelah BTS diminta untuk menyambung kontrak dengan Big Hit selama 7 tahun lagi, aset syarikat terus naik mendadak sehingga mencapai 1 trillion won (~RM3.5 billion). Dalam menjelaskan perihal berkenaan,  Big Hit berkata proses itu tidak mudah kerana penyambungan kontrak itu akhirnya dibuat setelah berbincang panjang mengenainya mengenangkan pengaruh BTS yang semakin meningkat saban hari.

Big Hit turut mendesak permohonan maaf daripada JTBC setelah mendapati video yang dirakam oleh wartawan “Newsroom” itu diambil secara tidak sah (secara menceroboh) tanpa dibenarkan dengan kad akses oleh mereka. “Tindakannya telah melanggar etika kewartawanan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, sebilangan peminat Army menyandarkan sokongan sepenuhnya terhadap penjelasan dibuat oleh Big Hit dengan tanda pagar #JTBC_사과해 dinaikkan di ruang media sosial.

Sumber: ytn, busan ilbo, fn news

loading...