Momo & Dahyun TWICE terkejut diekori peminat sasaeng sebelum terus memadamkan VLive serta-merta

Momo dan Dahyun TWICE terpaksa memadamkan siaran langsung bersama peminat menerusi V Live serta-merta sejurus selepas mendapati van yang dinaiki mereka telah diekori oleh seseorang.

Kejadian itu berlaku ketika mereka baru saja pulang daripada mengadakan konsert di Miyagi, Jepun pada 17 November 2019 dan sedang berinteraksi secara langsung bersama peminat. Walaupun jaringan internet tidak memuaskan untuk mengadakan Vlive buat kali pertama di dalam van tersebut, Momo dan Dahyun tidak berputus asa dan sempat meminta peminat menunggu kemunculan mereka pula untuk kali kedua. VLive yang kedua ini berjalan dengan lancar sehinggalah Momo diberitahu oleh seseorang di dalam van bahawa mereka sedang diekori oleh seseorang, dipercayai peminat sasaeng.

“Eh betulkah?, “soal Momo dengan nada terkejut sambil kedua-duanya memandang tepat ke arah tingkap van. Suara seseorang itu turut memberitahu disebabkan mereka menghidupkan lampu van untuk memudahkan pencahayaan bagi sesi VLive, orang di luar mudah melihat mereka di dalam dan akhirnya seseorang tak dikenali telah mengekori van yang dinaiki oleh mereka dengan lebih rapat.

Dahyun kemudiannya berkata, “Saya rasa kami terpaksa pergi.” “Janganlah sampai ikuti kami,” rayu Momo di hadapan peminatnya sebelum memadamkan VLive serta-merta.

Selepas selesai mengadakan konsert di Miyagi, TWICE akan bergerak menuju ke Aichi untuk konsert jelajah “TWICELIGHTS” yang seterusnya.

Sumber: soompi

loading...