Kunjungan ARASHI ke Singapura disambut meriah oleh ribuan peminat yang merindui mereka

Kuala Lumpur, 12 November 2019 – ARASHI, salah sebuah kumpulan idol paling top di Jepun, telah membuat penampilan pertama mereka di Singapura pada 10 November. Kelima-lima ahli kumpulan ARASHI – Satoshi Ohno, Sho Sakurai, Masaki Aiba, Kazunari Ninomiya, dan Jun Matsumoto telah menghadiri sidang akbar dan sesi perjumpaan bersama peminat (fan meet) yang bertempat di Jewel Changi Airport pada tengah hari Ahad. Acara tersebut adalah sebahagian daripada “JET STORM”, iaitu sebuah siri jelajah promosi di Asia, yang bertujuan untuk mendekati peminat mereka yang berada di luar Jepun.

Satoshi Ohno
Sho Sakurai
Masaki Aiba
Kazunari Ninomiya
Jun Matsumoto

Lebih dari 1,000 peminat menyertai ahli kumpulan ARASHI di Singapura pada majlis tersebut, di mana dua zon khas untuk peminat telah ditambah dilokasi acara bagi memberikan peluang kepada mereka untuk lebih dekat dengan idol mereka. ke tempat untuk membawa peminat lebih dekat kepada berhala mereka. Sebagai tanda untuk mengalu-alukan kedatangan ARASHI ke Singapura, mereka dipersembakan dengan perhiasan Merlion, serta bunga orkid

Semasa acara tersebut, ARASHI menzahirkan perasaan terima kasih kepada peminat dari Jepun dan luar negara atas sokongan mereka selama 20 tahun ini. Peminat boleh melihat pelbagai aktiviti mereka menerusi akaun rasmi  mereka di lima platform media sosial – Twitter, Facebook, Instagram, TikTok dan Weibo.

Baca juga : ‘Turning Up’ buah tangan terbaru Arashi sempena ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut

Berkenaan dengan video muzik baru mereka “Turning Up”, Jun Matsumoto berkongsi bahawa kumpulan itu telah memutuskan untuk melancarkan muzik mereka menggunakan perkhidmatan streaming muzik agar peminat boleh menikmati muzik mereka pada bila-bila masa yang mereka mahukan, walaupun selepas kumpulan itu berada  pada mode ‘hiatus’ (tidak aktif).

Satoshi Ohno berkongsi tentang perancangan konsert yang akan datang di mana ARASHI akan mengadakan konsert mereka pada 15 & 16 Mei 2020, bertempat di Stadium Nasional yang baru di Tokyo. Konsert di Beijing pula dijangka akan diadakan sekitar musim bunga 2020.

Apabila ditanya mengenai reaksi mereka terhadap populariti yang diraih menerusi akaun media sosial rasmi ARASHI di pelbagai lokasi walaupun ianya baru sahaja dilancarkan, ahli ARASHI menyatakan walaupun mereka menyedari sokongan dari peminat  mereka di luar negara, namun ini  adalah satu pengalaman baru yang mereka perolehi apabila mendapat maklum balas berdasarkan perkongsian mereka di media sosial. ARASHI telah berkongsi perjalanan JET STORM mereka sejak pagi 10 November di media sosial dan gembira dengan reaksi penerimaan dari peminat.

Sejak debut pada 3 November 1999 dengan single berjudul  “A · RA · SHI”, kumpulan ini telah mencipta populariti yang meluas dan memiliki peminat diseluruh dunia, termasuk Singapura. Pada 3 November 2019, ARASHI menyambut ulang tahun ke-20 dengan menampilkan single terbaru mereka dalam bentuk digital berjudul “Turning Up”, yang telah dilancarkan  di seluruh dunia menerusi perkhidmatan muzik seperti Spotify dan Apple Music. Mereka juga telah melancarkan akaun media sosial rasmi di Twitter, Instagram, Facebook, Weibo dan Tiktok.

Siri jelajah JET STORM, yang diadakan pada 10 dan 11 November, terdiri daripada sidang akhbar yang diadakan di Jakarta, Singapura dan Bangkok, merupakan 3 bandar raya Asia yang belum dilawati ARASHI untuk konsert mereka setakat ini. Di samping itu, sidang akhbar juga akan diadakan di Taipei untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kepada mereka selama 20 ini.

Mungkinkah ini petanda ARASHI akan mengadakan konsert mereka di 3 bandaraya tersebut? Pasti ramai peminat yang menantikan konsert mereka di adakan di sana dan sudah tentu sambutan yang akan diterima luar biasa. Sementara itu, mari saksikan muzik video terbaru ARASHI ‘Turning Up’

Kami juga percaya,  Arashi juga mempunyai kelompok peminatnya di Malaysia dan rata-rata inginkan kumpulan tersebut mengunjungi negara ini sebelum mereka bersara sepenuhnya. Buat para peminat, boleh follow Arashi seperti di bawah untuk mendapatkan perkembangan terkini:

Twitter
https://twitter.com/arashi5official

Instagram
https://www.instagram.com/arashi_5_official/

Weibo
https://m.weibo.cn/u/7294968640

Facebook
https://www.facebook.com/arashi5official/

TikTok
https://t.tiktok.com/i18n/share/user/6726821273538069506