Rang Undang-Undang Sulli Bakal Di Bincang Secara Serius

Kes kematian Sulli ataupun Choi Jin-Ri menjadi satu insiden yang membuka mata masyarakat tentang bagaimana komen-komen di atas talian sebenarnya boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sesuatu individu. Tidak kira sama ada hanya meninggalkan komen kepada artis yang tidak disukai ataupun ataupun menyebarkan fitnah terhadap mana-mana individu, siber buli adalah satu perkara serius yang perlu di ambil tindakan.

Menurut South China Morning Post, rentetan dari isu sosial ini, Korea Selatan mungkin akan membentangkan Rang Undang-undang, ataupun “Sulli’s Law” di perhimpunan kebangsaan ataupun disebut sebagai “The National Assembly of The Republic of Korea”. Pembentangan Sulli’s Law ini dijangka akan berlangsung pada awal Disember. Rang undang-undang ini membawa harapan yang tinggi untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan siber buli dan juga pencerahan terhadap kesan negatif terhadap mereka yang dibuli.

Menurut The Korean Herald, walaupun ramai yang gusar mengenai kehilangan kebebasan bersuara, beberapa rang undang-undang telah dihantar untuk dibincangkan di “National Assembly” untuk membanting isu buli siber ini. Berikutan dengan kematian Sulli, laman sesawang rasmi pejabat Presiden di penuhi dengan petisyen-petisyen yang menuntut pengguna untuk mendaftarkan nama sebenar mereka sebelum meninggalkan komen di atas talian. Petisyen ini juga memohon hukuman yang lebih berat kepada penghasut maya ataupun “troll” dan juga pihak media yang didapati menyebarkan fitnah.

Selain itu, rang undang-undang yang menegaskan warga siber perlu mendedahkan nama pengguna dan alamat IP apabila mereka menghantar komen-komen di portal media seperti di Naver dan Daum. Naver dan Daum di lihat sebagai tempat utama warga siber melepaskan amarah dan ketidakpuasan hati mereka kepada para selebriti.

Penulis akan menunggu sebarang berita mengenai isu rang undang-undang ini dan akan terus mengemas kini maklumat tentang isu ini. Sama-sama kita tunggu perhimpunan kerajaan Korea Selatan pada awal Disember ini.

Sumber : South China Morning Post ; The Korean Herald

loading...