Pesona G-Dragon Dalam Pelancaran Air Force 1 PARA-NOISE

Sebelum ini, penulis pernah kenalkan jenama ekslusif yang diasaskan oleh G-Dragon iaitu Peaceminusone. Genap seminggu abang besar Big Bang pulang, jenama sukan terkenal, Nike mengumumkan kerjasama bersama GD  dan Air Force 1. Kolaborasi ini merupakan aktiviti rasmi  pertama GD setelah selesai latihan ketenteraan. Kerjasama ini membuahkan hasil yang dinamakan sebagai AF1 PARA-NOISE, iaitu kasut edisi terhadap dari Nike dan GD.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu Air Force 1, ia nya bukanlah sebuah jet pejuang. AF1 ataupun Air Force 1 adalah salah satu cabang jenama kasut di bawah rangkaian Air Force oleh jenama sukan Nike. Air Force 1 ini dicipta oleh Bruce Kilgore dan merupakan kasut bola keranjang pertama yang menggunakan teknologi Nike Air. Mendapat nama dari kapal terbang rasmi presiden Amerika Syarikat, Air Force 1 mempunyai 5 stail yang berbeza dan pilihan warna putih atau hitam paling banyak terjual.

Menurut G-Dragon, AF1 adalah satu ikon budaya untuk beberapa generasi dan kolaborasi ini menggabungkan Nike dengan identiti beliau yang di dorong dari pengalaman beliau meneroka  minat terhadap fesyen, muzik, seni, budaya dan sukan. Pada masa yang sama, melalui AF1 PARA-NOISE mendefinisikan pengalaman sepanjang hayat beliau yang merangkumi pengalaman lampau dan juga masa depan beliau. Beliau berhadap kolaborasi ini adalah satu permulaan gaya inovatif yang harus dihormati.

View this post on Instagram

"그냥 해." -1988, 권지용

A post shared by 권지용(權志龍) (@xxxibgdrgn) on

Menceritakan pengalaman beliau dari muda, G-Dragon menjelaskan AF1 bukan hanya sekadar kasut. Menginginkannya namun, tidak mampu memiliki AF1, beliau sering ke kedai Nike untuk mengagumi kasut-kasut ini. Menurut GD lagi, baju besar, topi dan kasut AF1 yang sama warna adalah pakaian seragam buat peminat Hip Hop. Ini membuatkan kolaborasi ini lebih indah dan bermakna buat GD.

Kasut AF1 PARA-NOISE ini diciptakan berwarna hitam putih dari perincian kulit premium. Tumpuan utama tertumpu pada sulaman bunga Daisy, tanda rasmi jenama PEACEMINUSONE di tengah-tengah kasut. Olesan cat berwarna hitam, di tapak kasut benar-benar merepresentasikan gaya GD yang sukakan seni itu. Kasut AF1 PARA-NOISE ini dijangkakan akan mula dijual pada 23 November 2019.

Sumber: Naver ; Hypebae

loading...