Setelah lama bertarung dengan kanser, Kim Woo Bin bakal kembali dengan filem terbaru

Pelakon kacak Kim Woo Bin bakal kembali ke layar perak dengan filem terbaru setelah lama bertarung dengan penyakit kanser. Keadaan kesihatan pelakon itu dikatakan semakin baik dan Kim Won Bin akan membawa watak utama di dalam sebuah filem yang turut dibintangi oleh Ryu Jun Yeol dan Kim Tae Ri.

Kim Woo Bin sebelum ini disahkan menghidap sejenis penyakit kanser berkaitan saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser nasopharyngeal pada tahun 2017. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berehat sementara untuk fokus kepada proses penyembuhan penyakitnya itu. Nampaknya Kim Woo Bin sudah semakin pulih untuk kembali aktif dalam bidang lakonan. Peminat Kim Woo Bin mesti tak sabar kan nantikan filem terbaru daripada pelakon kacak ini kan?

source : insight.kr, Allkpop, gempak.com, 

loading...