Polis dilapor telah menetapkan Yang Hyun Suk sebagai tersangka kerana cuba menutup kes penggunaan dadah oleh bekas ketua kumpulan iKON, B.I.
Pada 6 November, Agensi Polis Wilayah Selatan Gyeonggi menyatakan Yang Hyun Suk secara rasminya telah ditempah atas tuduhan mengugut, melindungi suspek, dan pelanggaran amanah pekerjaan (occupational breach of trust). Dia bagaimanapun tidak dapat menghadiri sesi soal siasat bersama pihak polis harini, namun merancang untuk penjadualan semula.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Yang Hyun Suk didakwa telah mengugut bekas pelatih, Han Seo Hee supaya berdiam diri dalam kes penggunaan dadah oleh B.I pada tahun 2016.
Terdahulu, Yang Hyun Suk akan menjalani sesi soal jawab bersama pihak polis kerana dia diragui disyaki menutup kes penggunaan dadah B.I pada 2016.
Pada 5 November, Agensi Polis Wilayah Selatan Gyeonggi menyatakan bahawa mereka akan menyoal jawab Yang Hyun Suk mengenai tuduhan mengugut “A” atas keterangannya mengenai dakwaan B.I membeli LSD dan ganja pada 2016.
Sumber dari polis menyatakan, “Memang benar kami menghantar permohonan kepada Yang Hyun Suk untuk menghadiri sesi soal jawab. Apabila siasatan dijalankan secara persendirian, kami tidak boleh mendedahkan sama ada Yang Hyuk Suk disoal siasat sebagai orang yang mempunyai maklumat mengenai kes itu ataupun sebagai suspek. “
Tuduhan bahawa Yang Hyun Suk mengugut “A” untuk mengubah keterangannya mengenai B.I muncul pada bulan Jun, ketika “A” melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Hak Sivil tentang kecurigaan mengenai aktiviti rasuah YG Entertainment kepada pihak polis.
“A” ditangkap oleh polis kerana mengambil marijuana pada 22 Ogos 2016. Semasa dua pusingan pertama sesi soal jawab dengan polis, “A” memberi keterangan bahawa dia mengambil marijuana dengan BI dan memberinya LSD selepas penyanyi tersebut meminta “A” mendapatkan untuknya dan “A” menghantar pesanan mesej antara mereka berdua sebagai bahan bukti. Bagaimanapun, selepas pertemuan dengan YG Entertainment, yang didakwa berlaku pada 26 Ogos 2016, “A” kemudian disoal jawab untuk kali yang ketiga dan ketika itu “A” telah mengubah keterangan asalnya dengan menyatakan B.I tidak pernah mengambil dadah.
Menurut pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kes berkenaan ketika itu, “A” menyatakan keterangan asalnya adalah palsu kerana “A” saat itu fikirannya terganggu kerana di bawah pengaruh penggunaan ganja. Disebabkan itu, pihak polis akhirnya menyerahkan hanya “A” kepada pihak pendakwaan.
Selepas ramai yang mula mempersoalkan sama ada polis telah menjalankan siasatan dengan telus terhadap kes tersebut pada 2016, Agensi Polis Daerah Gyeonggi Selatan mewujudkan pasukan petugas khas untuk menyiasat semua insiden berkenaan. B.I telah dipanggil polis untuk sesi soal jawab di bawah status seseorang yang mempunyai maklumat tentang kes itu, dan selepas itu pihak polis telah menetapkannya sebagai tersangka kerana Akta Pengawalan Narkotik dan lain-lain
Sumber : News1 | News1 | Naver