Umum ketahui setiap tahun ada banyak pilihan lagu-lagu K-Pop dari pelbagai penyanyi dengan genre yang berbeza. Ramai peminat berpendapat sesetengah lagu itu adalah yang terbaik. Namun, ia mungkin berbeza dengan mereka yang berada dalam industri hiburan.
Sempena ulang tahun ke 15 portal berita Joy News 24, mereka telah menjalankan tinjauan terhadap 200 orang yang bekerja dalam industri hiburan Korea. Pada 19 hingga 26 Oktober lepas, wakil-wakil industri hiburan tersebut telah menamakan lagu yang mereka rasakan adalah lagu terbaik dalam tahun 2019. Berikut merupakan Top 8 senarai lagu K-Pop terbaik 2019 pilihan wakil industri hiburan Korea.
1. BTS – “Boy With Luv” (70 undian)
2. AKMU – “How Can I Love the Heartbreak, You’re the One I Love” (17 undian)
3. Jang Beom June – “Your Shampoo Scent in the Flowers” OST JTBC “Melo Is My Nature” (16 undian)
4. ITZY – “DALLA DALLA” (15 undian)
5. Jannabi – “For Lovers Who Hesitate” (9 undian)
6. Chungha – “Gotta Go” (8 undian)
7. Taeyeon – “A Poem Titled You” OST tvN “Hotel Del Luna” (6 undian)
8. “We All Lie” – OST of JTBC “SKY Castle” (5 undian)
Manakala lagu nyanyian Paul Kim seperti “So Long (Hotel Del Luna OST)”, “Every day, Every moment”, “Traffic Light”, dan “Me After You” menerima empat undian setiapnya.
Lagu-lagu lain yang turut dinyatakan oleh wakil-wakil industri termasuklah seperti berikut :
BOL4 – “Workaholic”
SuperM – “Jopping”
Zico – “Human”
Heize – “She’s Fine”
DAY6 – “Time of Our Life”
BTS – “Persona”
TWICE – “Fancy”
Kim Na Young – “To Be Honest”
Lim Jae Hyun – If There Was Practice in Love”
AOA – “Egotistic (Queendom version)”
SHAUN – “Way Back Home”
Rocket Punch – “BIM BAM BUM”
Apa pendapat korang mengenai pilihan mereka ini dan apa pula lagu K-Pop terbaik korang untuk tahun 2019?
Sumber : joynews24