GOT7 akan kembali dengan “Call My Name” pada 4 November ini

GOT7 akan kembali dengan album baru berjudul “Call My Name”

JYP Entertainment telah mengeluarkan ‘teaser image’ JB, Yugyeom , Jackson dan Jinyoung pada 28hb lalu. Pada 29 Oktober pula ‘teaser image’ Youngjae, BamBam, dan Mark pula dikeluarkan sekaligus melengkapkan kesemua ahli GOT7.

Terserlah kekacakkan ahli kumpulan GOT7 yang memang sedap mata memandang. Kesemua mereka memang  segak bergaya dan tenungan mata setiap mereka kelihatan harmoni bersama. Satu kombinasi kacak berkot lengkap  dan tenungan yang mendalam.

Jackson

Yugyeom

Mark

JB

BamBam

Jinyoung

Youngjae

‘Teaser photo’ berkumpulan

Mereka telah pun mengeluarkan album pada bulan May lalu yang berjudul “Spinning Top: Between Security and Insecurity”.

Album baru mereka ” Call My Name” akan dilancarkan pada 4 November pukul 6PM (KST). Single yang akan diketengahkan kali ini berjudul ” You calling my name “.

Sebagai tambahan GOT7 baru sahaja menamatkan jadual jelajah mereka untuk tahun 2019 di Manila  pada Sabtu lepas. Ia akan bersambung semula pada tahun depan,2020. Malaysia juga termasuk dalam jadual jelajah “Keep Spinning” mereka pada 7 Mac 2020 di Axiata Arena. Nampaknya semua Igot7 / Ahgase Malaysia akan dapat menyaksikan secara live persembahan lagu baru ini nanti. Nantikan pengumumuman jualan tiket dari pihak penganjur dari Kmania. Sebelum tu bolehla semua menabung dahulu dan Baca lanjut : [Info] GOT7 akan kembali ke Malaysia pada Mac 2020 sempena “KEEP SPINNING” World Tour

Saksikan semua video teaser dari Got7!

Mark

Bambam

Youngjae

Jinyoung

Yugyeom

Jackson

JB

Sumber :  Naver | Twitter GOT7 | News1