Projek baru sesudah bersalin, Kim Tae Hee dipanggil berlakon semula sebagai hantu di dalam tvN Goodbye Mom?

Kim Tae Hee dikhabarkan sedang menimbang untuk berlakon di dalam sebuah drama baru tvN berjudul ‘Goodbye Mom’ atau nama literal lain disebut sebagai ‘Hello Mom’.

tvN Goodbye Mom ialah berkisarkan tentang roh seorang wanita yang baru meninggal dunia dan diberi peluang semula selama 49 hari untuk menebuskan segala apa yang tak tertunainya selama ini.

Kim Tae Hee akan melakonkan watak Cha Yuri, merupakan seorang graduan dalam pembuatan kraf tangan dan memiliki bengkelnya tersendiri. Cha Yuri akhirnya berkahwin dengan seseorang dan diminta untuk tidak bekerja, seterusnya menjadi surirumah sepenuh masa. Pada hari kematiannya, Cha Yuri mengambil keputusan untuk bekerja semula dan terbabit dalam satu kemalangan sehingga meragut nyawanya. Roh Cha Yuri kemudiannya diberi peluang berlegar-legar di dunia fana ini selama 49 hari.

Kali terakhir Kim Tae Hee dilihat berlakon adalah menerusi drama SBS Yongpal di mana beliau bergandingan bersama Joo Won. Sejak berkahwin dengan Rain (Ju Ji Hoon), Kim Tae Hee memperlahankan aktiviti seninya dan telah mengabdikan diri sepenuhnya sebagai isteri mithali buat Rain sehingga melahirkan dua orang anak yang comel. Antara drama lakonan beliau yang dikenangi termasuklah SBS Jang Ok Jung, KBS Iris, SBS Stairway to Heaven  dan SBS Love Story In Harvard.

tvN Goodbye Mom bakal mendapat sentuhan sutradara Yoo Won Son (“tvN Oh My Ghost”,”tvN 100 Million Stars Falling From The Sky”) dan penulis skrip Kwon Hye Ju (“KBS Go Back Couple”) untuk menerajui projek ini. Ia bakal dijadualkan siaran pada awal Januari depan sejurus selepas drama tvN Crash Landing of Love tamat ditayangkan.

Sumber: IS Plus

loading...