Super M membuat kemunculan julung-julung kalinya dalam bual bicara bersama Ellen Degeneres di dalam “The Ellen DeGeneres Show” pada lewat malam 9 Oktober 2019, waktu tempatan Amerika Syarikat. Super M dalam siri jelajah promosi mereka di serantau Amerika Syarikat sempena pelancaran album ‘Super M’ pada 4 Oktober lalu.
Sambil memperkenalkan diri masing-masing di hadapan Ellen dan peminat mereka di dalam studio, Super M ditanya oleh Ellen apakah maksud ‘Jopping’ sebenarnya sebelum Kai bangun dan menawarkan diri untuk mengajar Ellen rentak tarian ‘Jopping’. Menyedari rumitnya tarian tersebut, Ellen menolak tapi akhirnya akur setelah dipujuk oleh Super M untuk mengikut mereka menari bersama-sama. Sebaik saja langkah pertama diorak, Ellen terus mengadu sakit punggung lalu bergerak ke tempat duduknya menyambung perbualan seterusnya.
Mark kemudiannya mencadangkan nama kelab peminat dinamakan sebagai ‘SuperM! Assemble’ disebabkan pengaruh filem Avengers tapi mendapat respon yang agak mengecewakan daripada peminat yang mahukan nama lain sebaliknya. “The Ellen DeGeneres Show” berakhir dengan cek sebanyak USD $50,000 disumbangkan kepada tabung simpanan Ellen, bagi menyokong usaha untuk menyelamatkan haiwan terancam.
Sumber: Ellen Show