Kim Seo Hyung & Ryu Deok Hwan direkruit untuk memburu pembunuh bersiri di dalam SBS Nobody Knows

Kim Seo Hyung dan Ryu Deok Hwan disahkan akan membintangi drama SBS Nobody Knows.

Kim Seo Hyung, yang menyerlah atas lakonan sebagai pegawai peperiksaan universiti di dalam jtbc Sky Castle sebelum ini, akan memegang watak detektif polis bernama Cha Young Jin, yang pernah kehilangan kawan baiknya ketika masih muda lagi di tangan seorang pembunuh bersiri. Sembilan tahun kemudian, apabila pembunuhan berlaku semula, Kim Seo Hyung tekad untuk memburu pembunuh itu sendiri. Manakala, Ryu Deok Hwan yang pernah membintangi drama MBC Special Labor Inspector, Mr. Jo, bakal melakonkan watak cikgu sekolah menengah rendah bernama Lee Sun Woo. Cha You Jin dan Lee Sun Woo saling terperangkap dalam satu insiden mengaitkan mereka dengan jenayah pembunuhan bersiri berkenaan.

SBS Nobody Knows bakal mendapatkan khidmat sutradara dan penulis skrip baru, Lee Jung Heum dan Kim Eun Hyang dan dijangka untuk tayangan pada pertengahan tahun 2020.

Sumber: chosun ilbo

loading...