Ryoma Takeuchi yakni seorang pelakon, telah mengulas ‘kecantikan’ yang terpancar daripada wajah Taehyung BTS sehingga mendorongnya untuk mengucup penyanyi korea itu apabila ditanya oleh peminat menerusi laman instagram-nya.
Pada 22 September 2019 lalu, Ryoma Takeuchi berkomunikasi secara langsung dengan peminat melalui instastory-nya sebelum ditanya apa yang membuatnya minat terhadap BTS. “Lights (single Jepun terbaru keluaran BTS) ,” jawab Ryoma Takeuchi.
Kemudian, Ryoma Takeuchi memandang staf di sebelahnya lalu menanya siapakah lelaki yang berambut biru tersebut. “Tae Tae “, jawab staf itu dengan ringkas. “Tae Tae-chan? Tae Tae-kun? …. wow ini menarik. Boleh cium dia tak kerana dia ialah Tae Tae? Sebab aku rasa dia cantik sangat,” dakwa Ryoma Takeuchi secara berseloroh yang nyata terpikat dengan kecantikan dimiliki oleh Taehyung BTS.
Komentar Ryoma Takeuchi terhadap Taehyung BTS tersebut telah tular di laman komuniti forum Korea sejak beberapa hari lalu dengan sebilangan netizen turut bersetuju dengan Ryoma Takeuchi bahawa mereka juga terpikat dengannya. Malah, segelintir peminat Jepun BTS di twitter juga mahu Ryoma Takeuchi diberi peluang untuk mengucup Taehyung BTS pada satu masa nanti.
Ryoma Takeuchi yang pernah mendapat gelaran lelaki bunga juga, telah membintangi beberapa buah filem dan drama di negaranya. Antaranya termasuklah drama bersiri The Girls Who Leapt Through Time, serta filem Teiichi dan Kamen Rider.
Sumber: danmee , world daily