Drama tvN Forest of Secrets atau dikenali sebagai Stranger, yang menerima kritikan positif sebelum ini sudah dijadualkn untuk kembali semula di dalam siri kedua pula tak lama lagi.
Ketiga-tiga pelakon utamanya dilaporkan sudah pun bersetuju untuk membintangi drama ini termasuklah Cho Seung Woo, Yoon Se Ah dan Lee Joon Hyuk. Walaubagaimanapun, Bae Doona masih dalam rundingan untuk memuktamadkan penglibatannya di dalam drama ini. Manakala, dua lagi pelakon yang juga antara peneraju utama iaitu Shin Hye Sun dan Yoo Jae Myung juga tidak akan bersama untuk siri ke-2 disebabkan watak lakonan mereka telah dimatikan dalam siri pertama.
Secret Forest mengisahkan tentang Hwang Shi Mok (Jo Seung Woo) , seorang pendakwaraya yang tak berperasaan (mirip seperti Jang Hyuk dalam Beautiful Mind) akibat menjalani pembedahan otak ketika kecil. Hwang Shi Mok seorang yang bertimbangrasa dan adil, tetapi dia tak reti bersosial dan juga mudah bentak. Satu hari, dia dikejutkan mayat seseorang yang tiba-tiba dicampak ke arahnya. Dia bertemu dengan seorang polis berpangkat detektif, Han Yeo Jin (Bae Doo Na) yang turut mendakwa berlakunya penyelewengan melibatkan pendakwaraya dan juga pembunuhan bersiri yang kerap berlaku.
Baca juga : Review drama “Forest of Secrets”
Drama ini mula bersiaran pada Jun 2017 dan penulis skrip “Forest of Secret” musim pertama, Lee Soo Yeon telah diangkat sebagai Best Screenplay di 6th CariKdrama Awards 2017. Lee Soo Yeon bertanggungjawab untuk menghasilkan skrip untuk drama musim kedua ini dan beliau akan dibantu oleh pengarah berbeza iaitu, Park Hyun Suk (“KBS Princess Man”,”KBS Uncontrollably Fond”). Selain itu, drama ini turut merangkul Daesang dan Best Screenwriter di 54th Baeksang Art Awards serta Best Drama di 1st Seoul Awards.
Sumber: Vogue Korea , imaeils