HB Entertainment jawab tuduhan Ahn Jae Hyun mengata Ku Hye Sun di depan CEO wanita mereka

HB Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak mencampur urusan rumahtangga melibatkan kedua-dua artis di bawah jagaan agensi itu.

“Kami memanggil kedua-duanya bersemuka satu sama lain dan memberikan pesanan untuk menjernihkan hubungan mereka kembali. Tetapi, ianya tetap urusan peribadi mereka dan masing-masing mempunyai perspektif berbeza, maka tidak senang untuk menasihati mereka. Kami menegaskan bahawa kami tak mahu mereka berpisah,” kata jurucakap agensi itu.

“Kami kecewa kedua-duanya tak dapat menyelesaikan masalah peribadi secara tertutup. Tetapi akhirnya, kedua-duanya telah bersetuju untuk tidak membiarkan isu peribadi terus mengganggu kerja mereka. Kami akan membantu kedua-duanya meneruskan kerja mereka. Jika khabar angin tak betul terus bertebaran, kami tak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap cubaan memfitnah pelakon-pelakon di bawah jagaan kami serta CEO kami,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ku Hye Sun menafikan kenyataan dibuat oleh agensinya tempoh hari adalah dipersetujui di antara mereka tanpa merujuk pada dirinya terlebih dulu. Ku Hye Sun kemudian menambah suaminya pernah mengata tentang dirinya di depan CEO agensi itu, Moon Bo Mi menerusi mesej KakaoTalk yang dibacanya menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi tegang. Ku Hye Sun mula menyertai HB Entertainment, agensi yang menjaga suaminya, pada sekitar Mei lalu.

Ahn Jae Hyun sedang menjalani penggambaran untuk drama MBC People With Flaws manakala Ku Hye Sun sedang sibuk dengan aktiviti peribadinya selain bergiat aktif dalam rancangan realiti tv, ‘My Ugly Duckling’. Kedua-dua berkahwin pada tahun 2016 sebelum memutuskan untuk bercerai semalam.

Sumber: sport seoul

loading...