Kwon Nara sah jadi cinta pertama Park Seo Joon dalam JTBC ‘Itaewon Class’

Selepas Kang Dal Mi dan Yoo Jae Myung komited untuk sertai Park Seo Joon dalam drama JTBC  ‘Itaewon Class’, kini Kwon Nara pula telah menyatakan persetujuannya.

Perkara ini telah disahkan oleh agensi Kwon Nara; A-MAN Project yang menyatakan bahawa pelakon tersebut bersetuju untuk membintangi drama ‘Itaewon Class’.

JTBC ‘Itaewon Class’ adalah sebuah karya yang diadaptasikan daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka di Itaewon, setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya.

Park Seo Joon akan membawakan watak Park Sae Roy, seorang yang tidak beri muka sedikit pun tentang perkara-perkara yang melibatkan ketidakadilan dan sangat cekap serta pantas dalam bertindak.  yang tiketika  ang tidak memberikan satu inci dalam menghadapi ketidakadilan dan pantas bertindak. Park Sae Roy masih lagi menyimpan sifat amarah selepas kematian bapanya, iaitu seorang CEO disebuah restoran makanan yang besar, ketika saat itu dia ke Itaewon untuk mengejar impiannya.

Kwon Nara pula akan memegang watak Oh Soo Ah, merangkap cinta pertama Park Sae Roy dan kini menjadi pekerja disebuah syarikat pesaingnya. Oh Soo Ah digambarkan seorang wanita yang bekerjaya, berkeyakinan dan berbakat. Kejujurannya buat orang sekeliling senang dengannya.

Kwon Nara berkata menerusi agensinya, “Saya tertarik dengan karakter Oh Soo Ah yang penuh dengan keyakinan,” dan turut menyatakan kesungguhannya untuk melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan karakternya.

Terbaharu, Kwon Nara telah dilaporkan oleh media-media hiburan sedang bercinta dengan Lee Jong Suk, namun berita itu telah dinafikan oleh agensi kedua-dua pelakon tersebut.

Apapun, penulis tidak sabar untuk menyaksikan projek terbaru Park Seo Joon dan Kwon Nara kerana drama terakhir kedua-dua pelakon ini adalah dari genre yang berbeza sama sekali.

Sumber : star.mt