“Sapa nak percaya perempuan murahan seperti kau?”, bongkaknya Kang Sung Wook sebelum dijatuhkan hukuman penjara

Netizen seakan-akan tidak percaya lelaki yang begitu memikat hati seperti digambarkan di dalam ‘Heart Signal’ itu sebenarnya adalah seorang penjenayah yang tersembunyi di dalamnya.

Berita perlakuan seksualnya mendapat liputan meluas semalam selepas mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap kesalahan merogol yang berlaku di Busan, Korea pada Ogos tahun 2017 dan menjatuhkannya hukuman penjara selama 5 tahun.

Lebih mengejutkan netizen, ketika Kang Sung Wook berdiri di kandang defendan selaku tertuduh, Kang Sung Wook sempat menyindir mangsa sambil berkata, “Sapa nak percaya perempuan murahan seperti kau? Kau ni pisau cukur. (“gold digger”).” Ironinya, keterangannya langsung tak dipertimbangkan sebaliknya hakim mendapati keterangan mangsa dan saksi lebih konsisten, dan cukup untuk memenjarakannya, memadai dengan kesalahan seksual yang dilakukannya. Selepas saja keputusan dibacakan mahkamah, Kang Sung Wook memfailkan rayuan untuk diketepikan semula hukuman itu.

Kang Sung Wook dikenali sebagai pelakon teater muzikal sepenuh masa. Beliau dilihat kerap juga melibatkan diri di dalam program realiti tv seperti Channel A ‘Heart Signal’ dan pernah membintangi drama tvN Because This Is My First Life dan juga KBS Marry Me Now, sebagai pelakon pembantu. Selain Kang Sung Wook, Kim Hyun Woo juga sedang didakwa di atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan netizen menjadikan rancangan realiti tv ‘Heart Signal’ bahan jenaka sebagai tempat lahirnya penjenayah gara-gara dua orang pelakonnya terbabit dalam kes di mahkamah.

Sumber: hankyung

loading...