[GEMPAR] Kangin SAH tinggalkan Super Junior yang dianggap sebagai keluarga selama 14 tahun!

Sesuatu yang mengejutkan dan sukar diterima. Kangin buat keputusan untuk meninggalkan Super Junior selepas 14 tahun bersama.

Pada 11 Julai, Kangin Super Junior telah berkongsi sebuah posting menerusi laman Instagramnya dalam tempoh 8 bulan. Posting tersebut rupanya perkongsian sebuah berita duka apabila beliau menyatakan akan meninggalkan kumpulan tersebut.

Antara kandungan posting Kangin lewat Instagram miliknya adalah seperti berikut:

“Hello. Ini saya Kangin. Saya ingin menyapa anda semua setelah sekian lama tidak aktif di Instagram ini. Hati saya amat berat untuk berkongsi berita buruk ini tapi setelah muhasabah diri, saya gagahkan juga demi anda.

Saat ini, saya bercadang untuk menggugurkan serta melepaskan nama ‘Super Junior’ yang telah lama sebati dengan diri saya.

Saya selalu merasakan ‘tidak apa’ tapi saya rasa amat bersalah kepada rakan-rakan Super Junior yang lain.

Saya seringkali berkata pada diri sendiri yang saya perlu buat keputusan ini secepat mungkin, namun disebabkan kebaikan hati mereka yang selalu berikan saya semangat serta tetap menyokong saya termasuk tenaga kerja di agensi biarpun saya telah lakukan kesalahan. Oleh itu, saya tidak punya keberanian dan saya rasa tidak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan saya buat keputusan secara buta tuli bersendirian.

Bagaimanapun, atas sebab masalah peribadi, saya terpaksa melihat rakan-rakan saya terpalit oleh kebusukan yang sepatutnya hanya saya yang perlu terima dan akhirnya saya gagahkah diri dengan mengambil keputusan ini dengan kadar yang segera. Saya tidak boleh berlengah lagi dan biarkan mereka terus sengsara disebabkan saya.

Lebih dari itu, sejuta keampunan buat E.L.F (kelab peminat Super Junior) untuk segala kasih sayang serta sokongan anda semua selama 14 tahun ini.

Mungkin ianya agak lambat, biarpun saya melepaskan nama ‘Super Junior’ ini dan berjalan atas kaki saya sendiri, saya akan sentiasa mengingati saat ini, perasaan berterima kasih ini dan perasaan memohon kemaafan ini.

Dengan rendah hati yang ikhlas, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan dan tenaga kerja di agensi saya kerana memberikan penghormatan ini sehingga ke akhirnya.

Saya akan selalu doakan dan bersorak untuk kejayaan Super Junior buat selamanya. Terima kasih. “

Kangin memulakan kerjaya sebagai ahli asal Super Junior pada tahun 2005, dan beliau berada dalam mode ‘hiatus’ sejak November 2017 ekoran kes pergaduhan disebuah kelab malam dan terpalit dengan isu perkongsian video seks Jung Joon Young.

https://www.instagram.com/p/Bzwyewinswr/?igshid=16y3cjijs8638

Terkini, wakil dari agensi Label SJ telah mengesahkan berita penginggalan Kangin dari Super Junior.

Wakil agensi tersebut memberitahu media, “Kami hormat keputusan Kangin untuk meninggalkan Super Junior secara sukarela. Tapi, ia sedikitpun tidak mengubah kontrak exclusive beliau dengan agensi, bagaimanapun tiada perancangan lanjut telah dicapai berkaitan rangka promosinya di masa depan,”.

Apapun selamat maju jaya buat Kangin. Pastinya, E.L.F akan terus menyokong dan merindui kamu.

Sumber : Allkpop

Kredit gambar : SM Town FB