Jejaka kacak, James Lee tampil dengan album EP pertama, “Anxiety”

 

Seperti apa yang digambarkan di dalam minda beliau, penyanyi berdarah Korea-Amerika ini berjaya kembali dengan single pertamanya selepas kejayaan ‘SEA Tour’ nya. James Lee atau dikenali dengan nama “James” telah mempersembahkan nyanyian solonya di Kuala Lumpur dan Manila, sekaligus mengumpulkan kesemua peminatnya menerusi album EP pertamanya ‘The Light’. James juga mengadakan temuduga bersama Kmania tak lama dulu.

https://www.instagram.com/p/BxbR9-bA7tH/

‘Anxiety’ berunsurkan eksperimentasi elektronik yang bersulamkan nada lagu yang rancak sesuai dengan jiwa dan raga pendengar masa kini. Treknya bermula dengan bit perlahan dan sedikit diikuti dengan ‘drop-beat’ yang berbunyi elektonik. Apabila ditanya apakah kefahamannya tentang ‘Anxiety’, beliau menjawab ‘kelam-kabut’. Dapat kita bayangkan apa yang digambarkan di dalam mindanya kala ini.

James yang belajar Music & Communications di CSUF dan ‘BIT of Musician’s Institute’ mahir bermain bass sebelum menyertai kumpulan terdahulunya iaitu Royal Pirates dan menarik diri selepas kemalangan yang menimpanya. Namun, beliau kembali dengan semangat yang baru demi peminatnya yang tercinta.

James ada juga memuatkan sedikit ‘spoiler’ untuk korang. Jangan lupa terus dengarkan ‘Anxiety’ dan terus sokong James!

https://www.instagram.com/p/Byoqg5Knt_G/

Dapatkan ‘Anxiety’ sekarang.