Army BTS akur dgn ‘Save Me’ taruhan Ismail Izzani

 

Ismail Izzani, 19 tahun, satu nama yang agak baru dalam industri hiburan Malaysia. Namun, bakat yang dimiliki berjaya membuka mata sesetengah peminat muzik terutamanya dikalangan anak muda. Beliau seringkali tampil dengan muzik yang ‘fresh’, moden dan ditambah pula dengan selingan chereography yang menarik.

Pemilik nama Ismail Izzani ini seringkali dikaitkan dengan kumpulan terkenal dari Kprea BTS sementelah beliau juga salah seorang peminat kumpulan tersebut dan pernah memuat naik video di mana beliau menyanyikan lagi BTS. Kini, sekali lagi nama Ismail Izzani kembali hangat apabila lagu terbarunya dikatakan meniru tajuk lagu BTS “Save Me”. Hanya kerana tajuk yang sama, pelbagai komen diterima Ismail. Rata-rata peminat kumpulan BTS, atau ARMY juga telah menyatakan yang sama hanyalah pada tajuk namun “Save Me” Ismail Izzani adalah berbeza sepenuhnya dengan “Save Me” BTS. Mereka juga menyeru agar perkara remeh ini tidak diperbesarkan lagi. Tidak kurang juga yang menyokong dan memberi semangat kepada beliau. Berikut adalah komen diterima anak muda ini:

Apapun muzik adalah universal. Setiap orang punya minat yang berbeza. Apa yang penting kita perlulah menghormati sesama kita dan memberikan sokongan antara satu sama lain. Buat Ismail Izzani, teruskan menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan buat ARMY, kematangan anda dengan perkara seumpama ini sememangnya perlu dipuji.

Jom saksikan muzik video Ismail Izzani “Save Me”