[Sinopsis] Drama Netflix ‘Kingdom’ hasil gubahan penulis tvN Signal bersiaran mulai hari ini

Ramai mungkin tertunggu-tunggu hasil nukilan terbaru penulis skrip Kim Eun Hee, pemenang Best Scrieenplay 5th CARI Kdrama Awards iaitu drama bersiri berjudul ‘Kingdom’ yang akan bersiaran di Netflix mulai hari ini. Dengan bertemakan seram dan ‘suspens’ , ‘Kingdom’ akan membawa penonton menyelongkar misteri di sebalik penularan wabak penyakit sehingga mencetuskan kelahiran mayat hidup (“zombies”) dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dari kumpulan diketuai oleh kerabat diraja.

Cerita bermula dengan Jo Hak Ju mengugut pemaisuri diraja bahawa kuasa sebenar adalah tertakluk pada dirinya dengan menggunakan metafora bahawa tiada sesapa mampu mempersoalkan tindakannya apabila menghumban mayat-mayat ke dasar tasik. Ju Ji Hoon yang akan memegang watak sebagai  putera mahkota Lee Chang mendapati ayahandanya jarang melibatkan diri dalam urusan pentadbiran sehingga menyebabkannya mengesyaki Raja Joseon berada dalam keadaan gering.

Rupanya ia adalah angkara perdana menteri yang korup di negara tersebut, Jo Hak Joo (“Ryu Seung-ryong”) yang mengurung raja di dalam besi dan mengawalnya sebagai boneka. Tapi lebih menggerunkan lagi apabila Lee Chang mengesyaki ayahanda nya ialah mayat hidup. Atas sebab Jo Hak Joo tak mahu rancangannya terbongkar, maka dia telah membuat satu fitnah yang sangat licik terhadap Lee Chang lalu akhirnya menyebabkan putera mahkota itu dituduh sebagai pengkhianat kepada negara.

 

Lee Chang hampir-hampir ditangkap sebelum melarikan diri ke luar istana dan mendapati wabak ‘zombies’ sudah pun menular dalam kalangan rakyat marhaen. Dia dibantu oleh Seo Bi, seorang yang bertindak sebagai jururawat yang dilakonkan oleh Bae Do Na bagi menyiasat kejadian misteri penularan wabak tersebut dan bagaimana Jo Hak Joo boleh memanipulasikannya untuk kerakusan kuasanya. Lee Chang membentuk kumpulannya tersendiri yang terdiri daripada bekas cendekiawan terulung Ahn Hyun (“Heo Joon Ho”), pahlawan samurai Moo Young (“Kim Sang Ho”) , watak misteri Young Shin (“Kim Sung Kyu”) dan Seo Bi. Tugas merekalah adalah bagi memastikan wabak ‘zombies’ tidak terus menular selain berpakat untuk menjatuhkan Jo Hak Joo daripada tampuk kekuasaan.

‘Kingdom’ yang diarahkan oleh PD Kim Sung Hoon (“Hard Day”, “Tunnel”) akan menemui penonton tepat jam 5.00 petang hari ini, 25 Jan 2019 di Netflix.

Sumber: heraldcop , Netflix