Jang Ki Yong, si pembunuh bersiri diburu Nana di dalam OCN Blue Eyes

Jang Ki Yong dan Nana tampaknya sudah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama terbaru OCN The Blue Eyes yang akan menyinggah penonton drama korea pada bulan April ini.

Setelah dipuji melakonkan watak penuh melodramatik di dalam MBC Come and Hug Me , model bergelar aktor ini sekali lagi akan menemui penonton drama korea menerusi watak sebagai pembunuh bersiri menggerunkan di dalam drama OCN ‘Blue Eyes’ bergenre paranomal dan misteri.

Jang Ki Yong sebagai Kim Shi Hoon, pernah dilatih oleh ‘syaitan durjana’ sebelum diusir olehnya sehingga menjadi pembunuh upahan yang sangat menakutkan. Dia dikatakan mampu mengawasi keadaan dengan pantas dan mencabut nyawa musuhnya dalam sekelip mata saja. Tidak diketahui siapakah dirinya; nama, umur serta kumpulan penyangak mana asal dirinya menjadikan Kim Shi Hoon dicop sebagai ‘musuh’ yang mesti dicari sampai dapat.

Dalam pada masa yang sama, ‘syaitan durjana’ itu juga melatih seorang perempuan yang dijaganya sejak kecil untuk menyusup ke dalam agensi kepolisan sebagai detektif yakni bakal dilakonkan oleh Nana yang pernah tercalon Best Supporting Actress dalam 5th CARI Kdrama Awards lepas. Nana membawa watak polis detektif yang dingin tetapi berbakat sehingga tembakannya sentiasa tepat pada sasaran. Tak dipastikan apakah hubungannya dengan Kim Shi Hoon tetapi berdasarkan skrip asal secara kasar, dendamnya terhadap Kim Shi Hoon dikatakan meluap-luap kerana  kekasihnya dibunuh oleh lelaki tersebut. Hubungan mereka yang datangnya daripada ‘ syaitan durjana’ ini dijangka akan dieksplorasi dengan lebih mantap bagi menjelaskan maksud sebenar disebaliknya oleh penulis skrip duo, Son Hyun Soo dan Choi Myung Jin.

OCN Blue Eyes yang bakal diarahkan PD tvN 100 Days My Husband, Nam Sung Woo, disiarkan selepas OCN Trap dan OCN Priest.

Sumber: sport chosun , joins

loading...