Song Ji Hyo rampas takhta “Kmania Top Star” milik Do Kyung Soo EXO untuk bulan Nov 2018

Song Ji Hyo berjaya meraih kedudukan tertinggi no.1 sekaligus mengenepikan pencabar terdekat, Jimin BTS dan Do Kyung Soo EXO.

Carta ‘Kmania Top 10 stars’ bulan November 2018 kali ini membuat kejutan apabila menyaksikan lebih ramai keluar mengundi dengan jumlah undian diterima sebanyak 9421, terbanyak sekali semenjak carta ini dilancarkan pada Ogos lepas. Lebih memeranjatkan lagi, Song Ji Hyo pula diangkat sebagai pemegang takhta ‘Kmania Top Star’, seterusnya merampasnya dari tangan Do Kyung Soo EXO.

Song Ji Hyo, menjadi artis wanita pertama menjuarai carta ‘Kmania Top 10 stars’ sejak Ha Ji Won dalam carta ‘Kmania Top 10 Stars’ edisi November 2017. Bintang Runningman ini melonjak dari kedudukan no. 3 yang dipegangnya secara berturut-turut pada edisi sebelumnya dengan undian sebanyak 1763, jauh meninggalkan pesaingnya ke belakang. Populariti diraihnya sebagai anggota tetap program realiti tv Running Man telah membuatkan peminat-peminatnya berduyun-duyun memastikan kemenangan buat beliau kendatipun drama Lovely Horribly telah lama berlalu.

Tempat ke-2 dipegang buat pertama kali oleh Jimin BTS setelah gagal meraih kedudukan terbaik top 10 pada edisi-edisi sebelumya. Jimin pacu ke hadapan dengan undian selesa sebanyak 661. Barangkali penglibatan beliau dalam beberapa buah konsert dan kemenangan di majlis anugerah Asian Artist Awards telah memberikan motivasi besar buat peminat ARMY untuk turun mengundinya dan rakan-rakan seangkatannya sekali. Jimin dikenali sebagai idol kumpulan BTS yang lincah menari selain memiliki suara tenor yang agak ‘high pitch’ dan wajah secantik mat bunga.

Pemegang takhta edisi October lepas, Do Kyung Soo EXO jatuh ke kedudukan no.3. Penangan drama sageuk tvN 100 Days My Prince masih lagi terasa, malah EXO gigih mempromosi album ‘Dont Mess Up With My Tempo’ dalam ‘comeback’ dibuat pada awal November lepas. SIngle ‘Tempo’ turut meraih kedudukan terbaik di carta Gaon dan Billboard Kpop Hot 100 memastikan kelangsungan populariti idol bergelar pelakon ini.

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/posts/912070092517315″ bottom=”30″]

Tak sia-sia membuat penampilan terakhir buat Wanna One, Kang Daniel meraih kedudukan no.4 dengan undian sebanyak 628 melonjak dari kedudukan no. 10. Kehangatan album ‘Power of Destiny’ yang didalangi dengan single ‘Spring Breeze’ dengan tema “Sehingga kita berjumpa lagi..” telah membuatkan peminat-peminatnya teruja untuk beramai-ramai turun mengundi beliau. Kang Daniel akan meninggalkan Wanna One setelah kontraknya berakhir pada Januari 2019 depan. Manakala, Taehyung BTS pula kekal di tangga no.5 membuktikan idol yang dinobatkan sebagai pemilik wajah terkacak sedunia ini oleh sesebuah portal tertentu, bukan calang-calang hebatnya.

Calon-calon awal ‘Kmania Top 10 Stars’ edisi Nov 2018 turut dibarisi oleh So Ji Sub dan Jennie Blackpink.

Tempat no. 6 dan no.7 masing-masing diraih oleh Kai dan Baekhyun daripada kumpulan EXO. Seperti juga Do Kyung Soo, penangan populariti album dan single dilancarkan EXO tempoh hari telah menaikkan kedudukan mereka paling tinggi dalam top 10 kali ini. Baekhyun turut memberikan kata-kata semangat buat peminat EXO supaya tidak mengambil serius kritikan oleh sesetengah netizen.

Park Bo Gum menjadi satu-satunya pelakon bukan bergelar idol yang berjaya meraih kedudukan terbaik top 10. Semestinya, keterujaan untuk menyaksikan drama terbaru tvN Encounter / Boyfriend digandingkan dengan ratu Kdrama, Song Hye Kyo inilah telah membantu beliau pada tangga ke-8. Masakan, rating tertinggi sebanyak 8-9% diraih kedua-dua episod drama tersebut di Korea, malah di Malaysia sekalipun menunjukkan Park Bo Gum bukan boleh dipersoalkan lagi kehebatannya. Selain memiliki pakej muka jambu cair, Park Bo Gum juga pandai menggayakan karakter lakonan tersendiri sehingga meraih pencalonan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards selain mendapat pujian di atas lakonan sebagai putera raja Joseon di dalam KBS Moonlight Drawn By Clouds dan budak ‘genius’ tak banyak bercakap di dalam tvN Reply 1988. Park Bo Gum juga akan kembali menggegarkan bumi Malaysia tak lama lagi.

Akhir sekali, dua orang ahli kumpulan BTS, Jungkook dan Jin merampas kedudukan terakhir top 10. Jungkook digelar sebagai ‘Golden Maknae’ manakala Jin pula sebagai ‘World Wide Handsome’ di atas pengaruh tersendiri dibawa oleh mereka. Carta edisi November ini juga menyaksikan hanya seorang artis perempuan saja dengan semuanya didominasi oleh idol-idol daripada kumpulan BTS dan EXO buat pertama kali dalam sejarah Kmania Top 10 Stars.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Song Ji Hyo
2 Jimin (BTS)
3 Do Kyung Soo (EXO)
4 Kang Daniel (Wanna One)
5 V Taehyung (BTS)
6 Kai (EXO)
7 Baekhyun (EXO)
8 Park Bo Gum
9 Jungkook (BTS)
10 Jin (BTS)

Klik sini ->

loading...