Selamat Ulang Tahun Ke-2 Dimsum…Ayuh, serbu Sunway Pyramid 4 petang ini!

Saluran servis video-on-demand (VOD) popular Malaysia iaitu Dimsum menyambut ulang tahunnya yang kedua harini. Meskipun baru sahaja 2 tahun, namun Dimsum mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menempa nama di seantero dunia. Dimsum yang berada dibawah operasi SMG Entertainment Sdn Bhd, iaitu sebahagian daripada The Star Media Group yang menfokuskan kandungan drama dan rancangan di sebahagian pelusuk Asia melalui aplikasi telefon bimbit, TV dan juga melalui pautan web.

Dimsum banyak mendapat hak penerbitan rancangan dari China, Taiwan, Thailand, dan Jepun semenjak pelancaran pada November 2016. Dimsum banyak berkembang semenjak pertubuhannya sehingga menembusi pelbagai siaran drama, dokumentari, animasi dan rancangan kanak-kanak di Hong Kong, Korea Selatan, Indonesia dan Singapura. Dimsum dapat diakses di Malaysia, Brunei, dan Singapura melalui StarHub Go bagi Singapura dengan 5 pengguna serentak pada satu masa yang sama. Pengguna boleh memuat turun di telefon pintar dan menonton rancangan kegemaran masing-masing secara ‘offline dan boleh memilih sari kata mengikut cita rasa pengguna. Selain itu, pengguna dapat menonton rancangan dalam mod HD, ini sudah pasti dapat memuaskan hati para pelanggan kerana dapat menonton dalam kualiti rancangan yang bagus. Tambahan pula, ibubapa dapat mengawal kandungan siaran yang ditonton anak-anak kecil selain daripada dapat mengakses aplikasi dimsum melalui pelbagai saluran seperti Chromecast, Apple AirPlay, Samsung Smart Tv dan Android TV.

Sempena hari jadinya, dimsum menyambutnya di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid pada 16 Nov sehingga 18 Nov 2018. Pegawai Pemasaran Dimsum, Ms Lam Swee Kim mengatakan cita-cita dimsum untuk pergi lebih jauh lagi dalam industri ini supaya dapat dikenali diseluruh pelusuk dunia. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Aktiviti-aktiviti ini dibahagikan mengikut negara yang rancanganya ditayangkan di dimsum seperti China, di mana para pengunjung diminta untuk siapkan puzzle drama dalam masa 2 minit. Para pengunjung akan mendapat sekeping kad untuk dicopkan sekiranya berjaya menyelesaikan misi yang ditetapkan. Seterusnya, di kawasan aktiviti Taiwan adalah masukkan gegelang ke dalam gelas. Selain itu, di kawasan Thailand pula, para pengunjung di minta untuk swafota dan memuat naiknya di laman Instagram masing-masing. Aktiviti menarik ini diteruskan lagi dengan kawasan aktiviti Jepun, di mana para pengunjung perlu menaikkan botol dengan menggunakan tali pancing. Di kawasan Singapura pula, para pengunjung akan diuji dengan soalan tentang dimsum. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pengunjung selain daripada promosi langganan yang murah iaitu RM59 untuk 6 bulan tempoh langganan dan RM99 untuk 12 bulan tempoh langganan. Promosi ini akan tamat pada 31 Jan 2019.

Jadi, apa tunggu lagi. Ajak semua kawan baik dan keluarga anda untuk meluangkan hujung minggu bersama-sama dimsum. Yang lebih menarik lagi, pada hari Sabtu, dimsum akan bawakan barisan pelakon dari drama China, ‘The Eternal Love S2’ dan Ahadnya pula para pelakon drama Singapura ‘Till We Meet Again’ untuk menemui peminat di Malaysia. Semestinya para peminat dapat beramah mesra dengan para pelakon dengan lebih dekat iaitu 1 pas ekslusif untuk foto kumpulan bersama-sama dengan artis tersebut sekiranya dapat menunjukkan ‘My Account’ anda di aplikasi dimsum, dan merupakan pelanggan aktif. Dimsum juga tawarkan Rm8 promo untuk 2 perjalanan dari dan ke Sunway Pyramid dengan aplikasi Grab, gunakan kod promo DIMSUM18 dan hanya sah dengan GrabPay.

Jumpa di sana!