“Bersiap sedia, puak feminis akan datang nanti ” – San E

Penyanyi rap kelahiran Korea, San E mengundang kontroversi sekali lagi apabila memuatnaik kapsyen berbunyi , ” ..Bersiap sedia, puak feminis akan datang..” selepas dikecam kerana meluahkan pandangannya ke atas video pergaduhan antara sekumpulan lelaki dan sekumpulan perempuan dalam kejadian dinamakan sebagai “Kes Serangan di Stesen Lee Su ” tempoh hari. “Kes Serangan di Stesen Lee Su ” itu menjadi tular apabila seorang wanita bernama A, membuat pengakuan di ruangan media sosial bahawa dia dicepuk oleh seorang lelaki mabuk di belakangnya akibat melontarkan perkataan ‘anti-feminis’ pada lelaki tersebut.

Kemudian ,pada 14 November lepas, San E telah memuatnaik satu video diberikan tajuk sebagai , “Gambar baru di Stesen Lee Su” di dalam facebook nya. San E dilihat seperti membantah kejadian serangan fizikal tersebut yang mana golongan lelaki dipersalahkan padahal bukti-bukti di tempat kejadian mungkin menunjukkan sebaliknya.Sesetengah netizen menyoal tindakan San E yang kurang matang kerana kes itu masih dalam siasatan polis manakala sesetengahnya pula menyokong kerana merasakan tindakan kumpulan ini semakin melampaui batas.

View this post on Instagram

I am F E M I N I S T http://bit.ly/IamFeminist

A post shared by San E (@sanethebigboy) on

Tak cukup dengan itu, San E turut meletakkan dua video dengan tajuk “Feminists” pada  hari ini di laman instagram nya. Dan video itu rupanya adalah single yang sengaja dirancang oleh San E sebagai tindakbalasnya terhadap isu feminis yang diperdebatkan.  Labelnya juga turut mengakui single itu dikeluarkan oleh San E tanpa pengetahuan mereka.

Terkena netizen dibuat San E. Teringat sekelompok pemilik produk kosmetik timbang kilo di Malaysia  yang juga mengambil kesempatan dengan cara begini, lalu tetiba menjadi artis mee segera yang dipuja-puja rakyat Malaysia!

Sumber: my daily

loading...