Sesuatu yang mengejutkan. Usai bertemu dengan para peminatnya di Indonesia, Lee Jong Suk dilaporkan mengalami masalah untuk terbang balik ke Korea.
Berita ini disahkan oleh agensi Lee Jong Suk pada 5 November. Beliau bersama kumpulan pengurusannya telah ditahan di Lapangan Terbang Indonesia oleh pihak berkuasa tempatan setelah acara perjumpaan peminat ‘Lee Jong Suk Crank Up Fan Meeting in Jakarta pada 3 November lepas.
Pada 5 November juga, Lee Jong Suk memuat naik gambar di lapangan terbang Jakarta dan berkongsi tentang apa yang sedang dialaminya. Bagaimanapun, beliau telah memadam posting berkenaan. Namun begitu ini adalah apa yang beliau kongsikan kepada umum terutama peminatnya.
Gembira rasanya apabila pertemuan peminat berakhir dan saya sangat bersyukur atas sokongan serta kasih sayang yang diberikan. Tetapi, saya dan pihak pengurusan saya terkandas di Jakarta sejak semalam.
Promoter yang menguruskan Crank Up Fan Meeting in Jakarta (Yes24) telah melaporkan keuntungan yang lebih rendah berbanding jumlah asal kerana mereka bertujuan untuk mengelak dari dikenakan cukai oleh pihak berkuasa tempatan. Walaupun, pada dasarnya kami tidak terlibat dalam perkara ini, pihak berkuasa tetap mengambil passport kami dan tiada inisiatif untuk memulangkannya semula.Oleh itu, saya berharap pihak penganjur Yes24 dan agensi mereka Cre8tive Lab segera menyelesaikan perkara ini.
Belum pernah saya mengalami situasi seumpama ini jadi saya buntu untuk memikirkan apa yang perlu saya lakukan. (Ibu, saya akan lewat pulang hari ini)
Menurut sumber dari agensi pelakon terbabit A-Man, mereka mengesahkan situasi yang dihadapi Lee Jong Suk. Sumber berkenaan turut menyatakan, “Mereka sepatutnya berlepas pulang ke Korea pada 4 November. Namun, apabila timbul masalah antara Yes24 Indonesia dan pihak berkuasa tempatan, mereka tidak dibenarkan meninggalkan Jakarta. Disebabkan pihak Yes24 cuba mengelak dari dikenakan cukai, mereka telah melaporkan jumlah keuntungan dari penjualan tiket jauh lebih rendah dari jumlah sebenar. Kami percaya passport mereka telah dirampas daripada pihak yang menguruskan mereka sepanjang mereka di Indonesia. Kami telah berusaha keras hari ini untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Kami terpaksa menyusun kembali jadual Lee Jong Suk untuk beberapa perkara termasuk jadual pengambaran drama terbarunya.”
Kami berharap agar masalah ini segera diselesaikan dan kami doakan yang terbaik untuk Lee Jong Suk. Semoga kejadian seumpama ini berlaku di masa akan datang.