Kim Hyun Joong ubati kerinduan peminat dengan “That Time When The Time Stop”

Selepas sekian lama, Kim Hyun Joong dikenali dari kumpulan idola SS501 serta salah seorang ahli F4 dari drama “Boys Over Flower” kembali untuk mengubat kerinduan and “That Time When The Time Stop”. Ini merupakan drama pertama Kim Hyun Joong selepas menamatkan servis ketenteraannya tahun lepas.

Drama “That Time When The Time Stop” merupakan drama yang bertemakan fantasi romantik dengan 12 siri dan telah mula disiarkan di KBS-W. Ia mengisahkan tentang Moon Joon Woo (lakonan Kim Hyun Joong), seorang pengembara masa yang kesunyian dan tidak dimamah usia. Joon Woo juga mempunyai kuasa menghentikan masa. Dia tidak ingat kisah silamnya dan tidak berminat untuk berkawan dengan sesiapa. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Kim Sun Ah. Kim Sun Ah dari luaran nampak seperti orang berada dan memiliki bangunan namun menanggung hutang bapanya. Dia juga turut melakukan pelbagai kerja separuh masa untuk meneruskan kehidupan. Pertemuan dua individu ini bakal merubah kehidupan mereka yang kesunyian

Watak Kim Sun Ah dipegang oleh Ahn Ji Hyun yang pernah berlakon di dalam drama “Time” dan watak sampingan di dalam drama “ Goblin”. Drama ini disiarkan di saluran KBS W setiap hari Rabu dan Khamis, jam 11 malam. Episod pertama disiarkan pada 24 Oktober lalu. Drama ini mungkin menjadi medan ujian bagi Kim Hyun Joong untuk memperbaiki imejnya selepas terpalit dengan kontroversi peribadi tidak lama dahulu.

Jom saksikan trailer drama ini.

Sumber : AsianWiki, Soompi

loading...