[Pena Kmania] Misteri di sebalik kecantikan selebriti Korea yang putih berseri

Adakah pembaca sedari, apabila menonton Kdrama terutamanya, mesti akan ada babak yang memaparkan watak mereka sama ada lelaki atau perempuan memakai mask muka, ataupun scene memakai skin care atau alat solek walaupun hanya mengoles gincu. Kita sebagai penonton sering beranggapan bahawa ia adalah iklan atau pun PPL ( product placement) sponsorship. Ini dinamakan sebagai K-Beauty.

Tetapi, penulis pernah bertanya kepada guru penulis iaitu seorang warga negara Korea Selatan mengenai isu ini. What so big deal about make-up and outlook? Ketika penulis ke Seoul pada musim sejuk tahun lepas, persoalan ini bermain-main di kepala. Ini adalah kerana, walaupun ketika itu suhu di bawah paras beku yakni -10 Celsius, warga Seoul tetap cantik bermekap dan berpakaian kemas manakala keadaan penulis pula ibarat berbungkus dengan gebar di dalam jihachol (subway).

 Guru penulis berkata “ For many Koreans, outlook is very important. It as important as manners and good heart. It shows your manners. Even if we want to go to the convenience store, we will try to look nice. Making effort to look nice shows our manners.” Terkedu penulis apabila mengenangkan berapa kali penulis ke kedai runcit dengan  mengenakan ‘pijamas’ (seluar tidur )bahkan selalunya tidak kisah pun kalau tidak mandi terlebih dahulu. ( Di manakah adab penulis ketika itu, sedangkan kita masyarakat Malaysia terkenal dengan adap dan santun kita ?).

Balik kepada babak memakai mask ataupun memakai beberapa lapis skin care, sebelum mengoleskan gincu secara ombre, ini secara ringkasnya  di kenali sebagai Kbeauty. Malah, produk kecantikan Korea terkenal di seluruh dunia pernah di bincangkan di web portal The Washington Post dan juga di Forbes . Begitu besar impak Kbeauty ini.

Guru bahasa dan budaya penulis pernah menjelaskan bagaimana Korea Selatan sentiasa mempunyai persaingan dalam apa juga perkara dan ini termasuklah juga dalam industri kosmetik. Oleh itu, mereka akan sentiasa berusaha mengeluarkan produk baru dan menambah baik produk mereka sedia ada. Malah, mereka akan sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Produk kosmetik dari Korea juga mementingkan elemen-elemen yang lembut dan tidak kasar kepada kulit. Sekiranya wujud bahan terlarang dalam sesuatu produk, pihak berkuasa akan cepat-cepat mengeluarkan berita dan produk itu akan di tarik serta-merta. Sebagai contoh yang pernah berlaku pada beberapa product Etude House, 3CE dan beberapa produk lain ( World Of Buzz).

Penulis masih lagi ingat pada ketika itu, beberapa Kbeauty Influencer seperti @ohmyglossblog dan beberapa orang lagi turut menyuarakan kerisauan mereka mengenai isu ini. Disebabkan oleh industri mereka begitu tegas dalam hal ini pengkaji merasakan begitu confident untuk menggunakan produk-produk mereka.

Semakin hari penulis semakin jatuh cinta dengan produk Kbeauty ini. Falsafah utama mereka adalah “listen to your skin”. Yang mana mereka menekankan untuk pengguna mengenali jenis kulit masing-masing terlebih dahulu. Ya, mungkin kerana ramai peminat menginginkan the glass skin ataupun the honey skin look, yang mana kulit mereka kelihatan seperti sentiasa basah dan lembap.  Namun, adakah gaya ini tidak sesuai dengan semua orang dan kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca di negara kita.

Cuaca panas dan humid di Malaysia sering kali memberi tindak balas negatif kepada produk-produk kecantikan dari Korea ini. Sekiranya kulit pembaca jenis yang berminyak, atau menggunakan rangkaian solekan ataupun skincare yang mengetengahkan moist look, maka pembaca akan berjalan dalam keadaan muka banjir dan melekit-melekit. Malah silap hari bulan, pembaca akan ditumbuhi oleh cela seperti jerawat. Pengalaman dialami oleh penulis sendiri ialah apabila memiliki kulit yang kering dan kusam, penulis pernah mencuba untuk menggunakan rangkaian yang mencerahkan kulit. Hasilnya adalah satu DISASTER. Sebelum kita menuduh produk mereka tidak bagus, penulis ingin ingatkan lagi, kenalilah kulit kita terlebih dahulu. Listen to your skin.

Hasil pada penggunaan rangkaian mencerahkan kulit, kulit penulis menjadi semakin kering dan mula ada sunspot. Panik!! Tetapi penulis tidaklah pergi menyerang kaunter kosmetik itu ataupun membuat ‘review’ teruk di SNS.  Penulis pergi ke beberapa jenama kosmetik lain dan meminta pendapat para jurujual. Mereka menjelaskan, apabila penulis menggunakan rangkaian pencerahan kulit, dalam usaha untuk mencerahkan kulit penulis yang kusam ni, produk tersebut telah menyerap kelembapan asli kulit penulis. Tanpa kelembapan asli kulit penulis dan kurangnya penggunaan produk perlindungan cahaya (Sunscreen atau sunblock), kulit penulis terdedah kepada sinaran bahaya UV. Maka terjadinya kesan-kesan sunspot pada wajah penulis. Degil, penulis bukan sahaja tidak listen to my skin malah tidak terlebih dahulu rujuk kepada pakar mengenai produk-produk terlebih dahulu sebelum beli dan guna.

Setelah mendengar kepada cadangan beberapa jurujual, penulis mula menukar kepada rangkaian hydrating. Rangkaian yang memfokuskan kepada melembapkan kulit (Dari rangkaian ini, ada beberapa pecahan lagi, sama ada hydrating ataupun moisturising, ia mempunyai makna dan hala tuju yang berbeza-beza mungkin sekiranya pembaca berminat ingin tahu, boleh la komen di FB ataupun di IG dan penulis akan cuba menulisnya dengan lebih mendalam pada masa akan datang).

Jawapan untuk wajah kusam penulis pula, hasil dari menonton (pssst stalking sebenarnya) beberapa Kbeauty Influencers, penulis membuat keputusan untuk mencuba exfoliating yakni salah satu proses untuk membuang sel-sel kulit mati di wajah kita. Hasilnya adalah sangat memuaskan. Walaupun produk yang digunakan penulis tidak membuat penulis secantik Lee Sung-Kyung heeeee… (seperti gambar di atas), namun penulis begitu berpuas hati dengan keadaan semasa kulit penulis yang semakin sihat dan pada masa yang sama, memiliki healthy glow (self-claimed ) walaupun tanpa olesan solekan.

Apa yang membuat penulis begitu sayang dengan skin care Korea ini juga, ia nya begitu lembut, tidak terlalu kasar pada kulit wajah, pengguna hanya perlu bersabar dan sentiasa komited menggunakan skin care tersebut. Hasilnya pasti menggembirakan hati anda. Sebenarnya penulis sangat menyukai Kbeauty dan telah menghabiskan banyak masa untuk “mengkaji” mengenainya dan juga sering menghadiri workshop yang di sediakan oleh jenama-jenama produk Kbeauty di Kuala Lumpur, cuma penulis tidak tahu sama ada pembaca Kmania berminat untuk mengetahui mengenai hal ini. Sekiranya pembaca ada sebarang pertanyaan ataupun request, bolehlah meninggalkan komen di laman rasmi Facebook dan Instagram. Penulis akan cuba kumpul maklumat dan berkongsi dalam artikel-artikel seterusnya.

P/S :  Akhir kata dari penulis, jangan lupa Listen to your skin sebelum anda mencuba sebarang produk kecantikan ya… <3

Sumber: Forbes, World Of Buzz, The Washington Post & Google

loading...