Ku utuskan surat rindu buatmu dari kejauhan – Yoon Doojoon

 

Agensi Yoon Doo Joon dari kumpulan Highlight telah berkongsi gambar kiriman surat beliau dari kem tentera untuk para peminatnya.

Bersama-sama gambar yang dimuatnaik itu, agensi terbabit turut memberitahu bagaimana para peminat  boleh menghantar pesanan tanda sokongan dan kasih sayang mereka terhadap Yoon Doo Joon.

Bagaimanapun, ini kiriman surat  dari Yoon Doojoon:

“Adakah anda baik-baik sahaja? Adakah anda sihat? Kini perubahan musim telah bermula, jadi saya bimbang dengan kesihatan anda semua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya telah membaca setiap kiriman surat-surat anda secara dalam talian dan termasuk kiriman surat tulisan tangan juga. Apabila anda berkongsi dengan saya tentang apa yang terjadi di dunia luar, saya rasa sangat bersyukur serta berterima kasih dan dalam masa yang sama saya rasa teruk. Jadi, saya tidak beberapa gembira untuk beberapa hari lepas. Terima kasih juga sebab saya dapat mengetahui perkembangan semasa ahli-ahli kumpulan Highlight yang lain dan sampaikan salam saya buat mereka. Katakan pada mereka, mereka perlu bersiap sedia dalam segala hal bila mereka menyertai khidmat tentera kelak. “

“Ramai orang bimbang saya mendaftar masuk tanpa rehat yang cukup. Saya juga merasakannya. Apapun, saya perlu sentiasa senyum kerana saya telah menyebabkan orang sekeliling saya dalam keadaan yang sukar. Sebelum mendaftar masuk, saya telah mempersiapkan mental dan fizikal saya. Tidak kurang juga mereka yang berada disekeliling saya memberikan galakan dan kata-kata semangat. Sungguhpun begitu, saya akui sukar untuk saya berhadapan dengan keadaan ini dalam masa yang singkat. Saya rasakan kelam dan seperti tidak kena semuanya. “

“Saya rasa dunia saya gelap dan saya sering menangisi keadaan saya tanpa pengetahuan sesiapapun. Kadangkala perasaan ini masih lagi hadir. Namun kini, saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di dalam tentera, jadi janganlah anda risau lagi. Apapun, saya sangat merindui anda!”

“Saya rasa teruk dan sedih kerana tidak dapat mengucapkan selamat tinggal dengan sebaiknya kepada anda anda. Ini buatkan saya saya tidak selesa jadi saya minta maaf. Selepas kesemua ahli lain menamatkan perkhidmatan ketenteraan kelak, kita pasti akan berjumpa lagi dan menangis kegembiraan. Apapun, jaga kesihatan anda dan saya akan menulis lagi selepas saya memulakan tugas rasmi saya (selepas tamat kursus asas selama lima minggu). Sihat-sihat selalu dan semoga ceria sentiasa. Hati-hati semasa keadaan sejuk kelak.

https://www.instagram.com/p/BnVldo6H_z8/?hl=en&taken-by=ent_aroundus

Kalau korang rindukan Yoon Doojoon, apa kata korang tonton drama terbaru merangkap drama terakhir beliau sebelum ‘enlist’ iaitu “Let’s Eat 3”. Episode terakhir drama tersebut mendapat jumlah tontonan tertinggi berbanding dua musim yang lepas. Pasti korang terhibur dan sentiasa lapar menonton drama tersebut.