11 lokasi makanan HALAL Korea yang boleh korang cuba sekitar KL & Selangor

Annyeong Yorobun,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 kawan-kawan. Lama kan kita bercuti. Apa perancangan hari cuti korang, jalan-jalan cari makan atau duduk rumah saja? Kalau tekak Korea korang nak makan sesuatu, nah, kami bagi beberapa pilihan restaurant yang menyediakan hidangan Korea untuk korang nikmati. Jangan risau, semuanya halal dan ‘pork free’. Kalau korang tak berapa yakin, jom tengok SINI ataupun di Portal Halal

  1. Dubuyo

DubuYo, merupakan sebuah restoran halal yang telah disahkan oleh JAKIM ini menyediakan pelbagai menu masakan asli Korea yang pastinya dapat memenuhi citarasa penduduk tempatan yang menyukai makanan Korea dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang boleh didapati di sini;

Antara hidangan menarik yang korang boleh cuba adalah Soondubu Jigae, Honey Garlic Bulgogi, Pa-jeon, Spicy Toppoki, Set Bibimbap Chicken & Beef, Set Spicy Udon dan Set Bulgogi Garlic Beef. Apa yang best, sambil-sambil korang makan, korang akan dihiburkan dengan klip-klip video K-Pop. Barulah ada feel berada di Korea!

Dan yang terkini, DubuYo boleh delivery makanan untuk anda! Yeay

Restoran DubuYo kini boleh dijejaki di Mid Valley Megamall, Sunway Putra Mall, Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Quill City Mall, IOI City Mall Putrajaya, The Mines, SOGO, Sunway Velocity Mall, IOI Mall Puchong, Seremban Prima, Aeon Bandar Dato Onn dan KK Times Square.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Web: DubuYo , IG DubuYo dan FB DubuYo.

2. Ko Hyang Korean Country Delights

Ko Hyang Korean Country Delights atau lebih dikenali Ko Hyang adalah satu lagi pilihan restoran yang menyediakan resipi tradisional hidangan Korea halal dan telah mula beroperasi sejak 2008. Pelbagai hidangan Korea disajikan untuk pelanggan dengan harga yang berpatutan. Seperti hidangan tradisi Korea, semua makanan disediakan tanpa menggunakan perasa MSG.

Ini adalah antara hidangan yang disediakan;

Ko Hyang mempunyai empat lokasi iaitu di Sunway Pyramid, Setia City Mall, One Utama Shopping Mall dan The Gardens Mid Valley City. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Ko Hyang dan FB Ko Hyang

3. Mr. Dakgalbi

Restoran ini menyediakan Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. Dakgalbi, adalah sejenis hidangan goreng popular Korea dengan sos Gochujang, telah diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia. Dakgalbi adalah satu hidangan lengkap dengan ayam, yang telah diperap, kobis, kentang, serbuk cili dan kek beras.

Seandainya korang ingin mencuba Mr.Dakgalbi, boleh pergi ke Solaris Mont Kiara, Setiawalk Puchong, Citta Mall, Setapak PV128, Tropicana City Mall, Setia City Mall, Publika, IOI City Mall, Sutera Mall (JB), Subang SS15 Courtyard dan MyTown Cheras. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari IG Mr.Dakgalbi dan FB Mr.Dakgalbi

4. Sopoong

Restoran makanan Korea Sopoong  dibuka di Malaysia pada tahun 2011. Malaysia. ‘Sopoong’ bermaksud ‘berkelah’ dalam bahasa Korea.

Mengikut kebudayaan Korea, setiap kali berkelah, kita akan berasa senang dan gembira. Selain menikmati hidangan yang enak, kita juga dapat menghabiskan masa berkumpul dengan rakan dan juga keluarga. Sopoong menyediakan makanan asli Korea seperti Bibimbap, Bulgogi dan sebagainya.

Sopoong boleh ditemui di Berjaya Times Square, IOI City Mall (Putrajaya IOI resort city), The Starling Mall (Uptown Damansara, MyTOWN Shopping Centre dan Melawati Mall. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari IG mySopoong dan FB Sopoong

5. K Fry Urban Korean

K’Fry (slang untuk Korean Fried Chicken) mencipta semula makan Korea dengan sentuhan yang lebih moden dan sihat. menu paling famous adalah KFry Chicken Bumbuk!iaitu  ayam goreng dengan pelbagai perisa yang dimakan bersama cheese!

Antara hidangan lain adalah;

Our chicken are delivered FRESH DAILY, never frozen, ONLY CHILLED.
Using a unique Korean Double Frying Method, our well marinated Chicken are fried to JUICY, CRISPY PERFECTION!
Try it in all the 7 different flavours including Korean favourites, Spicy Yangnyeom, Soya Garlic and Honey Butter!

K Fry Urban Korean boleh ditemui di 1 Utama Shopping Center, iOi CiTY Mall @ Putrajaya, Old Street Commercial Building Batu Pahat, Holiday Villa Johor Bahru City Center. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi K Fry Urban Korea , IG K Fry dan FB K Fry.

6. Seoul Garden

Seoul Garden merupakan rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia yang sememangnya menepati citarasa kami yang punya selera Korea. Memiliki 36 cawangan berkonsepkan buffet dan 15 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet yang terdiri dari 150 jenis pilihan. Selain daripada konsep ‘steamboat’ dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi. Dari makanan yang berat, setengah berat hinggalah pencuci mulut seperti buah-buahan juga ais krim. Anda juga boleh nikmati minuman sejuk dan juga panas.

Untuk mengetahui promosi yang dibuat oleh Seoul Garden Malaysia, anda boleh ikuti  Seoul Garden Group Malaysia FB pageSeoul Garden Klang Valley Facebook page dan laman rasmi Seoul Garden Malaysia

7. Gangnam Station, Shah Alam

Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook dan Instagram Gangnam Station.

Lokasi – Beralamat di G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam.

8. Sweetree Restaurant

kredit Radin Fadli’s Blog

Sweetree ini terletak di Ampang Putra, Ampang dan pastinya menyediakan hidangan Korea kepada para pengunjung.  Dekorasi restorannya sangat menarik dan menenangkan agar pengunjung dapat menikmati makanan dengan suasana yang mendamaikan. Untuk pelanggan menikmati masa-masa yang indah inilah yang membuatkan pemiliknya memilih nama Sweetree. Selain itu, ruang dalam kedai ini turut dihiasi dengan barangan perhiasan daripada Korea.

kredit Radin Fadli’s Blog
kredit Radin Fadli’s Blog

Restoran ini dibuka pada jam 10.30am – 12pm dan ditutup setiap Selasa. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Sweetree,  dan FB Sweetree

Lokasi : Restoran Sweetree, No.13 L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman,68000 Ampang, Selangor

9. B.bap Korean Food

Satu lagi restoran yang menyediakan hidangan asli Korea dengan harga berpatutan yang boleh korang cuba. B.bap Korean Food terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, di hab komersial NU Sentral dan Avenue K. Menunya direka khusus untuk menggabungkan berbagai jenis hidangan Korea lazat yang merangkumi pelbagai jenis bibimbap, mi, nasi, sup, dan variasi hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan sebenar Korea. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, korang boleh nikmati makanan di setiap masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, ‘tea time’ atau makan malam.

Boleh dapatkan details di Facebook b.bap my

10. S(E)OUL OUT 

Restoran S(E)OUL OUT ini terletak di Medan Connaught dan berdekatan dengan MRT Taman Connaught pada sesiapa yang memilih pengangkutan awam. S(E)OUL OUT beroperasi dari 12.00 tengah hari sehingga jam 10 malam setiap hari kecuali Khamis (cuti, buat setakat ini). Restoran ini baru sahaja beroperasi sekitar 2 bulan lebih.

Pelbagai makanan disediakan dan punya ruang yang cukup untuk korang yang ingin mengadakan aktiviti di sini, contohnya sambutan hari jadi, kelab peminat K-Pop dan mungkin untuk berkumpul seisi keluarga atau rakan-rakan. Jangan risau, harganya sangat berpatutan.

Boleh baca lanjut di : [Review] Kunjungi S(E)OUL OUT untuk hidangan Korea yang lazat dan persekitaran yang cukup mendamaikan

Lokasi : S(E)OUL OUT, B-1-04, Level 1, Medan Connaught Centre Point

Social Media :Facebook | Twitter | Instagram

11. MyeongDong Topokki

Satu lagi destinasi tempat yang menyediakan makanan Korea yang semakin mendapat perhatian para penggemar adalah MyeongDong Topokki. Diinspirasi daripada Toppoki (Kek beras) maka, restoran ini memulakan perniagaannya pada 2014 dengan hanya dua cawangan dan kini semakin berkembang dek permintaan yang bertambah. Buat masa sekarang, MyeongDong Topokki telah memiliki 16 buah cawangan di semenanjung Malaysia iaitu 7 di Selangor, 2 di Kuala Lumpur, 3 di Negeri Sembilan, 2 di Perak dan 1 masing-masing di Pahang dan Terengganu.

Restoran ini khusus dalam menyediakan makanan versi Korean Street seperti topokki sebagai keutamannya, ayam goreng dan beberapa snek jalanan yang diinspirasi dari jalan Myeongdong, Seoul Korea. Setelah bertahun lamanya, mereka menyediakan pelbagai variasi set makanan Korea seperti ramyun (ramen), jjigae (stew), bokkeumbap (fried rice) dan deopbap (covered rice) disamping panchan (side dish) pada harga yang berpatutan.

Antara hidangan yang boleh dinikmati di MyeongDong Toppoki. kredit FB MyeongDong Topokki
Antara hidangan yang boleh dinikmati di MyeongDong Toppoki. kredit FB MyeongDong Topokki

Jangan risau, penyediaan makanan mereka halal dan telah mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Jakim. Boleh lihat di sini. Jika korang nak nikmati hidangan asli Korea ini, boleh check out LOKASI yang terdekat. Kepada penggemar makanan Korea, korang kena kunjungi restoran ini, seperti yang selalu dicanangkan mereka Eat Like A Korean kerana mereka memang menyediakan hidangan asli Korea. Rugi kalau tak cuba!

Untuk maklumat lanjut boleh follow MyeongDong Topokki di laman sosial mereka : Website | Facebook | Instagram

Jadi, apapun gais, selamat menjamu selera dan nikmati hidangan korang dengan penuh kesyukuran. Ingat, jangan membazir tau!

loading...