Begitu segaknya Ji Sung di dalam tvN Familiar Wife

Bulan 8 ini bakal dihiasi dengan drama tvN Familiar Wife atau dikenali sebagai “Wife That I Know” yang dianggotai oleh dua kali pemenang Best Actor CARI Kdrama Awards, Ji Sung dan pelakon wanita disukai ramai, Han Ji Min.  Siapapun tak pernah menyangka Ji Sung akan menemui peminatnya semula dengan lakonan dramatik yang ditunggu-tunggu dan pastinya mengujakan seperti kita pernah saksikan ke dalam ketiga-tiga drama hitnya sebelum ini, bermula dengan KBS Secret Love sebagai seorang pencinta wanita yang didendaminya sekian lama , disusuli dengan MBC Kill Me Heal Me sebagai lelaki dengan tujuh personaliti berbeza, seterusnya SBS Defendants yang membuatkan penonton tak senang duduk sebagai banduan yang berhadapan dengan hukuman mati mandatori.

tvN Familiar Wife akan mempaparkan kisah rumah tangga bermasalah yang dihadapi oleh pasangan Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) dan Seo Woo Jin (lakonan Han Ji Min) setelah selama lebih lima tahun melayari bahtera bersama. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai agen sebuah bank tempatan tetapi disebabkan kos hidup semakin meningkat dengan gaji sedikit menyebabkan beliau tersepit dalam memberikan kebahagiaan kepada satu-satunya isteri tercinta, Seo Woo Jin.  Seo Woo Jin pula bekerja untuk membantu menyara hidup mereka sekeluarga.

Suatu hari, Cha Joo Hyuk memikirkan sesuatu harus dibuat. Dengan hanya satu keputusan dilakukan, ia dapat mengubah segala-galanya termasuklah keperitan dialaminya selama ini termasuklah penceraian yang hampir-hampir berlaku di antara mereka. Drama ini turut menyelitkan beberapa adegan yang menarik yang berhubung-kait tentang putaran kehidupan di mana setiap orang pernah sekali memikirkan mengenainya dalam kehidupan masing-masing.

Pastinya, inilah diharapkan peminatnya dengan skrip kisah kehidupan berumah tangga bergelora dan bagaimana Ji Sung akan menjadikan drama ini sesuatu yang dramatik. Selama ini dengan watak chaebol mahupun pendakwaraya, kali ini, Ji Sung kembali dengan sisi yang sangat berbeza, menampilkan wajah normal seseorang pekerja berkolar putih bagi sesebuah bank ternama. Dalam teaser dilancarkan semalam, Cha Joo Hyuk dan rakan sekerjanya, Yoon Jong Hoo (Jang Seung Joo) berkeliaran di laluan pejalan kaki mengedarkan risalah bank untuk mendapatkan pelanggan menghampiri mereka.  Yoon Jong Hoo sangat mengagumi kerajinan yang ditunjukkan Cha Joo Hyuk tetapi tak menyangka rakannya itu sebenarnya mahukan ‘kebebasan’ atas apa dialaminya selama ini.

tvN Familiar Wife ditulis oleh Yang Hee Seung yang pernah dicalonkan ‘Best Screenplay’ 4th CARI Kdrama Awards menerusi naskah tvN Oh My Ghost, dan diarahkan oleh Lee Sang Yeob, pengarah yang juga pernah dicalonkan melalui drama komedi ‘shopaholic’, MBC Shopping King Louis. Ia akan disiarkan pada 1 Ogos 2018 bermula minggu depan.

https://www.facebook.com/tvNDrama/videos/296578744246991/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/tvNDrama/videos/296578744246991/” bottom=”30″]

Sumber: OSEN