Gandingan Joo Sang Wook & Lee Min Jung kembali dengan drama terbaru

Nampaknya Joo Sang Wook dan Lee Min Jung akan digandingkan kembali menerusi drama terbaru SBS “Fate and Fury”.

Drama yang bakal mengisi slot drama hujung minggu SBS  “Fate and Fury” telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut akan membintangi drama itu. Kali terakhir mereka digandingan adalah empat tahun lalu menerusi drama “Cunning Single Lady.”

“Fate and Fury” akan diarahkan oleh Jung Dong Yoon di mana beliau menggambarkan ianya sebuah drama bertemakan melodama yang realistik mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Ia juga akan meneroka perjalanan kasih sayang di antara empat orang yang terperangkap dalam sebuah perhubungan disebabkan oleh perasaan marah dan akhirnya membibitkan perasaan romantis.

Joo Sang Wook telah menerima pelbagai pujian ketika membintangi drama “Grand Prince” yang  disiarkan menerusi TV Chosun baru-baru ini. Lee Min Jung pula buat kemunculan semula selepas drama “Please Come Back, Mister”  dua tahun lepas dan beliau dikatakan menerima tawaran produksi ini kerana inginkan cabaran baru sebagai seorang pelakon.

“Fate and Fury” bakal disiarkan pada November depan dengan cadangan sebanyak 20 episode.

Sumber : mydaily

loading...