Jang Geun Suk akan mendaftar masuk khidmat tentera Julai ini

Agensi Jang Geun Suk telah memberi maklumbalas terhadap laporan yang menyatakan bahawa pelakon tersebut akan mendaftar masuk ketenteraan bulan ini.

Pada 2 Julai, Tree J Company menafikan laporan media yang menyatakan Jang Geun Suk akan mendaftar di pusat ketenteraan pada 19 Julai bagi memenuhi kewajipannya untuk menjalani khidmat ketenteraan sebagai pekerja perkhidmata awam.

Seorang wakil agensi menyatakan, “Tarikh pendaftaran masuk tentera belum muktamad. Kami akan membuat pengumuman rasmi setelah tarikh sebenar ditetapkan.”

Jang Geun Suk sebelum ini telah mengumumkan pada sidang akhbar drama terbarunya “Switch” baru-baru ini bahawa drama tersebut merupakan drama terakhirnya sebelum memulakan khidmat ketenteraan.

Selamat menjalani khidmat ketenteraan, Jang Geun Suk!

Sumber : sedaily

loading...