Kerana gangguan bipolar yang teruk, Lee Joon dipindahkan ke unit lain

Lee Joon telah diarahkan untuk menyelesaikan baki tunggakan latihan khidmat negaranya di unit lain, yakni Jabatan Khidmat Tempatan setelah didapati sakit panik yang dialaminya yang berpunca daripada gangguan bipolar kian meruncing.

“Di atas arahan Jabatan Ketenteraan Negara, Lee Joon telah diarahkan berpindah daripada unit ketenteraan kepada unit khidmat tempatan pada 23 Mac lalu. Disebabkan beliau sering mengalami ‘panik’ berulang kali semasa menjalani latihan ketenteraan dan kesihatannya juga tak bertambah baik, maka mereka memutuskan Lee Joon taklagi sesuai menjalani program berkenaan.”

“Lee Joon juga melalui kami, memohon maaf kerana gagal menunaikan janjinya untuk terus berhadapan mengatasi penyakit dialaminya sepanjang menjalani program latihan ketenteraan . Walaubagaimanapun, beliau akan cuba buat terbaik untuk menghabiskannya di unit yang baru ini.”

Lee Joon merupakan mantan ahli kumpulan Kpop, MBLAQ sebelum menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang lakonan yang menjadi iltizamnya. Antara drama lakonan beliau yang menguji versalitinya termasuklah tvN Gapdong, SBS Heard It Through Grapevine dan terbaru sekali KBS My Father is Strange. Semoga Lee Joon cepat sembuh.

Sumber: news.chosun

loading...