Song Joong Ki dikatakan sedang menimbang tawaran membintangi drama terbaru berjudul ‘Asadal’ hasil karangan penulis skrip duo, Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon. Kedua-dua penulis skrip ini pernah menggarap drama sageuk yang hit seperti MBC Queen Seondeok dan SBS Tree With Deep Roots, yang mana drama kemudiannya pernah dibintangi oleh Song Joong Ki sebagai Raja Sejong. Kedua-duanya juga pernah menghadiri majlis perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Gyo.
Tajuk drama diberikan setakat ini ialah ‘Asadal’ berkisarkan tentang Gogojeson, kerajaan purba pertama dalam sejarah peradaban Korea yang ditubuhkan oleh maharaja berketurunan ‘tuhan’ bernama Dan’gun. Asadal ialah ibu negeri kerajaan Gogoseon yang terletak di rantau Pyeongchang, Korea Utara pada masa kini. Tiada maklumat lengkap tentang watak yang bakal dipegang oleh Song Joong Ki, tapi berkemungkinan besar ialah Dan’gun kerana maharaja ini menjadikan Asadal sebagai ibu negeri pertama kerajaan Gogojeson Korea. Semestinya drama ini akan dipenuhi dengan pelbagai konfliks dan pergaduhan politik tentang bagaimana tertubuhnya kerajaan mistik ini sehingga berlangsungnya kerajaan ini selama ribuan tahun.
‘Asadal’ dikatakan bakal diarahkan oleh PD Kim Ji Won, pengarah KBS Innocent Man / Nice Guy yakni pengarah yang menyebabkan Song Joong Ki memenangi Best Actor dalam CARI Kdrama Awards yang pertama kali diadakan. Nama Moon Chae Won pula disebut-sebut sebagai suri hati Song Joong Ki tetapi belum dapat dipastikan kesahihan tawarannya lagi walaupun mereka pernah digandingkan bersama dalam KBS Nice Guy sebelum ini.
‘Asadal’ dijangka akan dihasilkan 100% sepenuhnya dan ditayangkan pada pada awal tahun 2019.