Daesung tinggalkan Seungri keseorangan untuk ‘enlist’

Daesung BIGBANG akhirnya mengesahkan tarikh pendaftaran khidmat tenteranya! 
Pada awal 5 Mac, media diberitahu bahawa Daesung akan mendaftar dalam tentera pada 13 Mac, iaitu selepas Taeyang mendaftarkan dirinya. Daesung merupakan ahli ke-4 BIGBANG yang akan menjalani khidmat ketenteraan.
Sebelum ini, Daesung pernah menyatakan hasrat untuk memulakan khidmat ketenteraannya pada masa yang sama dengan ahli-ahli lain. Oleh itu, dia telah memohon pendaftaran secara sukarela pada tahun lepas.
Tahun 2017 merupakan tahun yang sibuk buat Daesung. Dia yang dikenali dengan nama pentas D-Lite di Jepun, telah mengeluarkan album solonya. Bahkan dia juga telah mengadakan konsert solo di 18 bandar di Jepun. Selain itu, dia juga telah mengadakan beberapa konsert bersama kumpulannya, BIGBANG. 
Setelah G-Dragon mendaftar pada 27 Februari lepas, ini bermakna dalam tempoh sebulan 3 lagi ahli kumpulan BIGBANG akan memulakan khidmat ketenteraan mereka. 
T.O.P kini sedang menjalani tugas sebagai  pekerja perkhidmatan awam, dan ahli termuda BIGBANG,  Seungri kini sibuk dalam proses mengeluarkan album solo terbaru yang bakal dikeluarkan pada setengah tahun pertama tahun ini.
Sumber dari YG Entertainment menyatakan, “Seungri juga mahu mendaftar dalam masa yang sama dengan ahli-ahli lain, tetapi filem Cina lakonannya berjudul ‘Love Only’ dijadualkan untuk tayang pada 2 Mac dan dia juga sedang menyiapkan telah album solonya. Dia merancang untuk mendaftar secara sukarela selepas segala aktiviti yang telah dijadualkan selesai. “
sumber : Naver
loading...