Peminat Wanna One! Please…. bagi privasi pada kami

Annyeong Yeorobun

Siapa yang dah beli tiket untuk sertai fan meeting bersama Wanna One, Jumaat ini? Pastinya korang Wannable tidak sabar untuk saksikan mereka dengan lebih dekat kan. Apa yang mengejutkan, ramai peminat telah berkumpul di KLIA Isnin lepas bagi menyambut kedatangan Wanna One. Oh ya! Wanna One dianggotai oleh Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon.

2017 menyaksikan kehadiran 11 jejaka kacak ini telah mewarnai industri hiburan Korea. Malah mereka juga popular  serta berpengaruh dikalangan media, pengiklanan, peminat tempatan dan luar negara bahkan popular disetiap enjin carian dan juga media sosial. Walaupun tampil secara berkumpulan, mereka juga popular atas tiket individu. Dengan kombinasi album debut mereka  1×1=1 (To Be One) dan repackaged album  1-1=0 (Nothing Without You), Wanna One telah menjadi kumpulan K-pop pertama yang telah berjaya menjual 1 juta album untuk kategori debut.

Antara Pencapaian Wanna One 2017

  • Wanna One telah diberikan pengiktirafan atas jenama dan pemasaran mereka yang luar biasa, sehingga mendahului Boy Group Brand Power Ranking  yang dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Reputasi Korporat Korea selama empat bulan.
  • Mereka juga berjaya mendapatkan viewer rating yang tinggi  dari rancangan TV yang memaparkan mereka. Antara rancangan TV yang memaparkan Wanna One adalah Wanna One Go (Mnet, 2017), Wanna City (SBS Mobidic, 2017) dan Wanna One Go Season 2: Zero Base
  • Menduduki tempat kedua dalam kaji selidik 30 “Power People” oleh Ilgan Sports, kerana pengaruh mereka di kalangan syarikat penyiaran dan pengiklan; [24] dan keenam dalam 10 artis teratas tinjauan Gallup Korea.
  • Kumpulan itu juga dipilih sebagai Artist Terbaik K-pop tahun 2017 oleh BillBoard
  •  Memenangi  Best New Male Artist dan juga Best Male Group di 2017 Mnet Asian Music Awards.
  • Memenangi 2017 Rising Star di Busan One Asia Festival Awards
  • Lagu Energetic dan Beautiful berjaya menjuarai carta-carta muzik di Korea antaranya Melon, Genie, Bugs, Mnet, Naver dan Soribada.

Baca juga : Wanna One

Wanna One In Malaysia dan Privasi

Kehadiran mereka di Malaysia sentiasa menjadi perhatian segenap masyarakat umum di negara ini. Kita boleh mengetahuinya melalui perkongsian peminat di laman media sosial masing-masing. Persoalannya, rasionalkah kita mencerobohi privasi mereka?

Boleh dikatakan Wanna One datang ke Malaysia agak awal dan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di sini. Kita sudah sedia maklum bahawa jadual mereka sangat ketat terutamanya sepanjang tahun 2017. Sudah pasti, mereka ingin meluangkan masa yang ada untuk lari sebentar dari kesibukan pentas.  Peminat Wanna One di Malaysia yang telah menggelarkan diri mereka sebagai Wannables Malaysia (WOMY) berpendapat mereka perlulah diberikan sedikit ruang untuk menjadi diri mereka sendiri. Seperti kita, mereka juga inginkan kehidupan yang normal tanpa dikenali oleh sesiapapun dan tanpa kehadiran media atau paparazi. Jangan wujudkan sindrom sasaeng di Malaysia. Sasaeng adalah seorang yang terlalu obses dengan Public Figure, i.e K-Pop Idol sehinggakan anda menjadi seorang stalker untuk setiap gerak geri mereka di mana sahaja dan disetiap ketika.

Wannables Malaysia juga menyeru agar peminat Wanna One di Malaysia terutamanya menghormati privasi artis kegemaran mereka. Biarkan mereka menikmati keindahan Kuala Lumpur tanpa sebarang gangguan. Apa yang penting, tingkah laku anda sebagai seorang peminat sedikit sebanyak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Jika anda melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, pastinya akan meninggalkan kesan yang tidak baik.

Jikalau  anda terserempak dengan mereka bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, bertindaklah secara rasional ya.

Jangan lupa, Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved” Jumaat ini. Pada yang telah memiliki tiket, have fun guys.

Jangan lupa follow kami untuk dapatkan info terkini.

loading...