Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Drama Black Knight?

Kepada penggemar K-drama pastinya anda mengetahui akan drama terbaru lakonan Kim Rae Won, Shin Se Kyung dan So Ji Hye ini iaitu Black Knight. Drama ini telah mula bersiaran sejak 6 Disember yang lalu. Untuk minggu pertama, drama ini telah mencatatkan tontonan sebanyak 9.3%.

Black Knight adalah melodrama fantasi yang mengisahkan tentang perhubungan rumit tiga segi  yang telah berlanjutan selama ratusan tahun. Percintaan yang menyayat hati akan diselitkan dengan element supernatural di mana ia akan membawa para penonton ke dunia fantasi. Pastinya ia akan menimbulkan rasa ingin tahu penonton akan apa yang akan terjadi sehingga ke penghujung drama ini.

Para pelakon drama ini juga mendapat perhatian ramai, dengan dibarisi pelakon terkenal termasuk Kim Rae Won, Shin Se Kyung, Seo Ji Hye, dan Jang Mi Hee. Bagi anda yang masih mencari drama Korea terbaru untuk ditonton, ini adalah tiga sebab mengapa Black Knight begitu istimewa.

1.Drama KBS pertama difilemkan di Slovenia

Penggambaran “Black Knight” telah bermula sejak Oktober lalu dengan keindahan musim luruh  di Slovenia sebagai latar belakangnya. Di antara semua drama yang disiarkan di KBS tahun ini, Black Knight  adalah satu-satunya drama yang difilemkan di Eropah. Ini menunjukkan drama ini istimewa dan hebat kan.

Salah satu perkara yang anda tidak boleh ketinggalan dalam Black Knight adalah pemandangan Slovenia. Dengan persekitaran yang luas dan istana antik, Slovenia dikatakan sebagai permulaan yang sempurna untuk permulaan Black Knight.

2. Boutique mewah sebagai pusat konflik yang misteri

Satu lagi lokasi yang penting dalam Black Knight adalah butik untuk pakaian Barat wanita yang dikendalikan oleh Sharon (dimainkan oleh Seo Ji Hye). Sharon telah lama mengekalkan hubungan cinta-benci dengan Jang Baek Hee (Jang Mi Hee).

Konflik yang bakal berlaku antara Jang Baek Hee, Yang Seung Goo (Kim Seul Jin), dan Sharon yang  ini akan terungkap dan berpusat di butik yng misteri ini sekaligus berfungsi sebagai salah satu elemen yang menjadikan Black Knight sesuatu yang istimewa. Kenapa mereka memilih butik sebagai pusat konflik? Jangan risau anda pasti akan mengetahuinya kelak.

3. Cinta Melampaui Batasan Waktu

Black Knight mengisahkan tentang percintaan yang sedih tapi indah antara si lelaki dan wanita yang melampaui waktu. Cinta yang telah gagal di masa lalu sebenarnya masih kekal sehingga kini di mana perasaan keduanya semakin bercambah. Selain itu, penampilan para karakternya juga menarik perhatian. Penonton pasti dapat merasakan perbezaan karakter mereka pada masa lalu dan juga pada masa kini kerana kemampuan para pelakonnya tidak disangkal lagi.

Black Knight ditayangkan di Astro KBSW 391 dan KBSW HD 392 pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 8.50 malam. Jadi, jangan lupa untuk tonton drama ini.

Jom saksikan fanmade video bagi runut bunyi drama Black Knight nyanyian Kwon Sun Il, Urban Zakapa

Sumber : Naver

loading...