Kim Sun Ah akan kembali sebagai pramugari dalam SBS Let’s Kiss First??

Kim Sun Ah dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran sebagai pramugari yang kehilangan anak dalam drama terbaru SBS berjudul “Let’s Kiss First” (setakat tajuk yang diterima). SBS Lets Kiss First merupakan karya penulis skrip Baek Yoo Mi yang terkenal dengan naskah melodramatik, SBS I Have a Lover sebelum ini.

Ia berkisarkan tentang percintaan pertengahan usia yang digambarkan secara realistik,  yang mana heroin ingin mengecapi hidup yang baru setelah dilanda dengan musibah kehilangan anak.

Ini drama pertama Kim Sun Ah sejak jtbc Woman of Dignity yang disiarkan 4 bulan lalu di mana beliau melakonkan watak pendendam yang akhirnya mati dibunuh. Drama jtbc Woman of Dignity b erjaya menaikkan populariti kedua-dua pelantun Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah, sehingga menyebabkan Kim Hee Sun meraih “daesang” dalam Asian Artist Awards semalam.

Dalam masa yang sama, Kam Woo Sung (calon Best Actor 3rd CARI Kdrama Awards)  dan Park Shi Yeon (calon Best Supporting Actress 1st CARI Kdrama Awards)  masing-masing ditawarkan sebagai hero dan watak pembantu.

SBS Lets Kiss First akan diarahkan oleh Son Jung Hyun (SBS The Woman Who Married Three Times, SBS Protect The Boss) dan dijadualkan tayangannya sebaik saja SBS Doubtful Victory berakhir.

Sumber: OSEN

 

loading...