Go Kyung Pyo terkejut Ryu Jun Hyeol boleh bercinta dengan Hyeri

Go Kyung Pyo baru saja selesai membintangi drama KBS Strongest Deliveryman yang menggandingkan beliau sebagai pelakon utama untuk pertama kali. Dalam drama berkenaan, Go Kyung Pyo selaku Choi Kang Soo membantu mereka yang lemah dan tertindas, dan akhirnya hasil daripada keazamannya, beliau menjadi CEO syarikat penghantar. Walaupun KBS Strongest Deliveryman tidak meraih rating yang agak baik, drama ini telah menaikkan status Go Kyung Pyo selaku pelakon yang berkaliber dan disenangi.

Go Kyung Pyo telah lama dipuji ketrampilan membawa watak yang lemah-lembut, sopan dan disukai ramai seperti dilakukannya dalam tvn Reply 1988 dan SBS Jealousy Incarnate. Tapi, tvN Chicago Typewriter telah menguji cabaran aktor ini melakonkan watak yang luar biasa sebagai jelmaan ‘hantu’ yang dilema antara berkorban kepada cinta kepada kesetiaan kepada rakan seperjuangan.

Dalam temuduga baru-baru ini, Go Kyung Pyo ditanya mengenai rakan selebriti nya dalam tvN Reply 1988 terutamanya tentang kisah percintaan Jung Pal dan Dok Sun yang tak kesampaian, yakni Ryu Jun Yeol dan Hyeri  yang akhirnya menjadi kenyataan. Go Kyung Pyo mengaku terkejut dan tak pernah menyangka mereka boleh bercinta di luar lokasi.

“Apabila saya dapat tahu perkara ini, saya bagitahu rakan-rakan seni, ‘Saya amat gembira sekiranya mereka dapat bersama tanpa ada halangan antara mereka lagi’ ,” kata Go Kyung Pyo lagi sekaligus menyetujui hubungan mereka.

Sumber: ytn

loading...